Kes Altantunya Makin Panas.Australia Benarkan Sirul Azhar Dibawa Pulang Ke Malaysia.Siapa Yang Tidur Tak Lena Sekarang?

Kes Altantunya Makin Panas.Australia Benarkan Sirul Azhar Dibawa Pulang Ke Malaysia.Siapa Yang Tidur Tak Lena Sekarang?

AUSTRALIA meluluskan permohonan Malaysia untuk mengekstradisi Sirul Azhar Umar, bekas anggota polis yang disabitkan bersalah membunuh penterjemah warga Mongolia, Altantuya Shariibuu, dalam skandal yang mengaitkan Najib Razak ketika pemerintahannya dulu, lapor Guardian.

Kes Altantunya Makin Panas.Australia Benarkan Sirul Azhar Dibawa Pulang Ke Malaysia.Siapa Yang Tidur Tak Lena Sekarang?
Kes Altantunya Makin Panas.Australia Benarkan Sirul Azhar Dibawa Pulang Ke Malaysia.Siapa Yang Tidur Tak Lena Sekarang?
Memetik sumber, akhbar harian Britain itu berkata Canberra memberi kebenaran selepas Malaysia setuju membayar kos membawa balik bekas pengawal kepada Najib itu, yang kalah teruk dalam PRU14 pada 9 Mei lalu, dan kini sedang disiasat di Malaysia berhubung skandal 1MDB.

Laporan itu berkata Sirul boleh pulang dalam tempoh sebulan, memberikan petanda bahawa kes bunuh Altantuya, yang menggegarkan negara dengan tuduhan hubungan sulit, pembunuhan, rasuah dan urus niaga pembelian senjata meragukan dikaitkan dengan Najib, mungkin dibuka semula memandangkan kerajaan Pakatan Harapan sedang dalam usaha membongkar semua salah laku pentadbiran terdahulu.

Sirul ialah anggota Unit Tindakan Khas (UTK) dan berkhidmat dalam menjaga keselamatan Najib. Altantuya ialah penterjemah yang dikaitkan dengan sekutu Najib, Abdul Razak Baginda yang bertanggungjawab dalam pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis untuk Tentera Laut Diraja Malaysia.

ARTIKEL MENARIK: Akhirnya SPRM Buat Kali Pertama Meminta Jho Low Tampil Untuk Disoal Siasat.


Najib ialah menteri pertahanan ketika pembelian itu dibuat.

Pada 2009, Sirul dan rakan sepasukan dalam UTK, Azilah Hadri disabitkan bersalah membunuh Altantuya pada 2006, dan dijatuhi hukuman mi. Mereka kemudian dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan dalam satu keputusan kontroversi pad 2013.

Pendakwa merayu keputusan itu fi Mahkamah Persekutuan dan Sirul kemudian melarikan diri ke Australia, di mana beliau ditahan di pusat tahanan imigresen Villawood.


Pada 2015, Mahkamah Persekutuan membatalkan keputusan tidak bersalah dan dibebaskan terhadap kedua-dua tertuduh.

Sebelum ini permohonan Malaysia membawa pulang Sirul ditolak oleh Australia kerana undang-undang negara itu tidak membenarkan seseorang yang berdepan hukuman mati diekstradisi.

Sumber : Sayap Hitam Dot Com.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post