Header Ads

Adik Ratu Belanda bunuh diri

loading...

THE HAGUE: Adik perempuan Ratu Maxima dari Belanda maut di Buenos Aires akibat ‘membunuh diri’, kata Istana Diraja Belanda dan beberapa laporan media semalam.

Adik Ratu Belanda bunuh diri
Adik Ratu Belanda bunuh diri

Mayat Ines Zorreguieta, 33, ditemui kira-kira jam 0300 GMT semalam di apartmennya di daerah Almagro, barat ibu negara Argentina, lapor akhbar harian Clarin.

ARTIKEL MENARIK: 'Syurga tempat mu..' - Sukarelawan Palestin mati ditembak tentera Israel ketika memberi bantuan perubatan kepada mangsa lain




APARTMEN yang didiami Ines. FOTO/AFP

Zorreguieta dilahir pada 1984. Beliau adalah seorang penyanyi dan pemain gitar. Namun, beliau menderita akibat tekanan sebelum ini, laporan stesen televisyen kerajaan Belanda, NOS.




Beliau dimasukkan ke klinik psikiatrik di Buenos Aires pada 2012 dipercayai akibat penyakit anoreksia dan paranoia, kata NOS lagi.

sumber : hmetro

-----------------------------------------------------------------
loading...

No comments