‘Adoi! Drama Lagi’- Chef Wan Komen Isu Pelantikan Peguam Negara

‘Adoi! Drama Lagi’- Chef Wan Komen Isu Pelantikan Peguam Negara

Baru-baru ini agak kecoh juga mengenai isu pelantikan Peguam Negara berikutan penolakan Istana Negara terhadap cadangan Perdana Menteri melantik peguam veteran Tommy Thomas.

‘Adoi! Drama Lagi’- Chef Wan Komen Isu Pelantikan Peguam Negara
‘Adoi! Drama Lagi’- Chef Wan Komen Isu Pelantikan Peguam Negara
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melantik Thomas sebagai Peguam Negara bagi menggantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang kini diarah bercuti sebulan.

ARTIKEL MENARIK: Sweet! “Hadiah Sebab Selama Ni Jaga Saya”-Aeril Zafrel Hadiahkan Wawa Kereta, Netizen Jadi Cemburu Sebab Sweet Sangat!


Screen-Shot-2018-06-04-at-12.50.24-PM-1.

Tommy Thomas

Ini isu berkaitan dengan pentadbiran undang-undang, tetapi nampaknya sudah ramai pengamal media sosial bertindak sebagai hakim dengan menyalahkan pihak-pihak tertentu.

Hal ini turut dirasai oleh chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan yang menganggap isu perlantikan Peguam negara ini sebagai sebuah drama yang tak berkesudahan.




chef-wan1.jpg

Rakyat Bermain Isu Perkauman

Chef Wan berkata, rakyat Malaysia tidak sepatutnya bermain dengan isu-isu perkauman dalam memilih seorang pemimpin. Tommy Thomas dengan latar belakangnya sebagai seorang peguam yang begitu berpengalaman serta rekod kerja yang baik adalah calon yang layak dilantik menjadi Peguam Negara.


chef-wan2.jpg

Beri ruang Kerajaan Baru Jalankan Tugas

Menurut satu laporan dari Sinar Harian, Yang Dipertuan Agong enggan memperkenankan pencalonan tersebut dan pendirian Agong mungkin mendapat sokongan oleh sebahagian daripada Majlis Raja-Raja. Antara lainnya, mungkin ianya kerana soal bangsa dan agamanya. Kerana baginda-baginda sudah begitu biasa dengan Peguam Negara dari Melayu Islam sebelum ini.

Chef Wan menasihati rakyat Malaysia supaya beri ruang kepada Tun M dan PH menjalankan tanggung jawab dan beri sokongan dalam pelantikkan ini.


chef-wan3.jpg

Peguam Negara Bukan Melayu-Islam Tak Sepatutnya Jadi Isu

Malaysia pernah mempunyai peguam negara bukan Melayu-Islam sebelum ini, antaranya peguam negara bukan Melayu-Islam terdahulu ialah Thomas Vernor Alexander Brodie (1955-1959),Sheridan(1959-1963) dan Athi Nahappan (1970-1974). Tetapi sejak 1977, semua tujuh peguam negara ialah Melayu-Islam.

Sumber IG Chef Wan Via Hangat.com

Sumber : http://kakitular.com

Sumber :  Muka Media.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post