Zara Zya Bercinta Kerana Mahu Tutup Hubungannya Dengan Pengkid?

Zara Zya Bercinta Kerana Mahu Tutup Hubungannya Dengan Pengkid?

TERSEBAR gosip mengatakan pelakon Zara Zya bercinta dengan Hafreez Adam kerana mahu menutup kisah hubungan songsangnya dengan seorang pengkid (wanita berpakaian dan berperwatakan lelaki).

Zara Zya Bercinta Kerana Mahu Tutup Hubungannya Dengan Pengkid?
Zara Zya Bercinta Kerana Mahu Tutup Hubungannya Dengan Pengkid?

Pengkid yang dimaksudkan itu adalah pengurusnya sendiri. Namun, Zara telah menafikan gosip tersebut.

ARTIKEL MENARIK: ‘Adoi! Drama Lagi’- Chef Wan Komen Isu Pelantikan Peguam Negara


zara2-1.jpg


Menurut Zara hubungan akrab dengan pengurus tersebut atas dasar kerja semata-mata.
“Segelintir kita ni kalau nampak orang tu berdua, tak kisah jantina apa tetap akan cakap mesti ada sesuatu antara mereka.

“Nak-nak zaman sekarang ini golongan pasangan sejenis lebih terbuka. Jadi, mereka yang melihat suka membuat spekulasi sendiri.

“Saya berani jawab, saya memang berkawan dengan pengurus saya sebab kami pun bekerja bersama dan takde istilah kami ada hubungan,” katanya seperti yang dilaporkan mStar Online.
Sebelum ini, ada gosip mengatakan pelakon drama bersiri Mona Lisa itu menjalinkan hubungan terlarang.

zara3.jpg

Zara nafi hubungan dengan pengurusnya (hadapan).


Tambah Zara lagi, kemungkinan gosip itu timbul disebabkan sebelum ini dia tidak mempunyai kekasih.

Menurutnya, ada lelaki yang ingin mengenalinya namun disebabkan kesibukan kerja dia tidak mempunyai masa untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki.


“Mungkin sebelum ini orang kata saya bercinta dengan pengurus sendiri sebab saya tak ada kekasih.

“Saya seorang yang suka bekerja sampai tak ada had masa. Kalau cuti pun hanya sebab demam. Bulan Ramadan ni pun saya tak ada cuti, tak sempat berbuka dengan keluarga.

“Macam mana nak ada hubungan cinta. Sebelum ini ada saja orang nak kenal tapi tak lama. Sama ada saya atau dia sibuk dan kemudian mendiamkan diri,” ujarnya.
Zara kini lebih terbuka berkongsi mengenai hubungan cintanya dengan Hafreez yang sudah terjalin sejak tahun lalu.

Sumber : www.klick.my

Sumber : Muka Media

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post