PETALING JAYA: Gara-gara membuat teguran secara langsung kepada pemimpin muda Pakatan Harapan, Nurul Izzah Anwar, seorang lelaki yang dikenali sebagai Azrul dikecam hebat di media sosial.
[VIDEO] Pemanggil Bernama Azrul tergamak menegur pemakaian Nurul Izzah yang menampakkan baju dalam dan buah d4da.- Ini Reaksi Nurul Izzah |
Sejak Jumaat lagi netizen terus mengecam Azrul susulan tegurannya terhadap anak timbalan perdana menteri itu, malahan rata-rata mereka menggelar pemanggil itu sebagai ‘pervert’ (sumbang laku).
ARTIKEL MENARIK: ‘Cakap nak bantu suri rumah, kenapa libatkan gaji suami pula? Itu duit gaji aku kot?’ – Suami
Bagaimanapun, sehingga kiti identiti Azrul masih belum dapat dikenal pasti.
Sebahagian daripada komen netizen yang tidak berpuas hati dengan teguran Azrul.
Azrul membuat panggilan menerusi program itu dan menegur Nurul Izzah mengenai pemakainan tudungnya.
“Hari tu kita ada jumpa (Nurul Izzah) di Bernama. Sebab hari tu bertugas di situ.
“Nak share sikit, YB kena berhati-hati sikit sebab kadang-kadang YB pakai tudung dan terselak dan ternampak ‘part’ yang atas. Pakai kebaya ketat, nampak tutup tulah.”
Faizal cuba memendekkan perbualan, namun dalam pada sama lelaki tersebut terus memberitahu ada kalanya pemakaian Nurul Izzah menampakkan baju dalam dan buah dada.
Reaksi Nurul Izzah:
Namun Nurul Izzah tidak cepat melatah, sebaliknya kelihatan tenang dan mengangguk-angguk tanda memahami teguran Azrul.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Bernama Radio, Azlan Idris tampil memberi penjelasan mengenai Azrul yang merujuk kepada siaran temubual langsung di Bernama Radio atau berjumpa dengan Nurul Izzah selepas itu di Bernama pada 16 Mei 2018.
Nurul Izzah ketika hadir sebagai tetamu di Bernama 16 Mei lalu.
Katanya, jelas Azrul mempunyai ‘pemikiran’ serta ‘imaginasi’ yang sangat liar.
“Untuk pengetahuan semua, sesi temubual langsung bersama Nurul Izzah Anwar dikendalikan oleh saya sendiri dengan dibantu oleh Amar Yusof dan anda boleh melihat etika pemakaian pada sesi siaran tersebut yang cukup sopan sebagaimana umum mengenali beliau.
“Saya percaya, kita sebagai manusia dewasa boleh menilai etika pemakaian yang sopan berbanding imaginasi liar, dakwaan serta ungkapan oleh saudara Azrul,” jelasnya dalam satu kenyataan di laman Facebook lewat Jumaat malam.
Faktor teknikal punca Faizal Ismail gagal sekat soalan ‘panas’ buat Nurul Izzah
PENYAMPAI radio Faizal Ismail menjelaskan faktor teknikal menjadi penyebab pemanggil bernama Azrul terlepas memberi komen tidak sepatutnya kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah.
Faizal yang mengendalikan temubual itu berkata, kegagalannya mendengar dengan jelas apa yang dikatakan oleh pemanggil itu turut menyebabkan dia gagal memberi respons bagi menamatkan panggilan berkenaan.
“Faktor teknikal menyebabkan saya tidak dengar butiran pemanggil itu.
“Saya cuba matikan panggilan selepas dia membuat teguran namun dalam keadaan panik itu, dia sempat memberi kata-kata tidak sepatutnya.
“Apabila saya mendengar semula playback, baru saya perasan kata-kata tersebut sangat tidak wajar,” ujarnya kepada mStar Online pada Sabtu.
Faizal, Nurul dan Fara Fauzana.
Faizal diminta mengulas teguran seorang pemaggil kepada pemimpin muda Pakatan Harapan itu daripada seorang lelaki yang dikenali Azrul ketika menjadi tetamu FBI Live yang dikendalikan Faizal Ismail dan Fara Fauzana pada 22 Mei lalu.
Sejak Jumaat lagi netizen terus mengecam Azrul susulan tegurannya mengenai cara berpakaian Nurul Izzah yang tidak disenanginya termasuk menyebut perkataan kurang manis.
Sementara itu, Faizal berkata, dia meminta maaf kepada Nurul Izzah sejurus menyedari perkara itu.
“Saya lihat riak wajah Nurul Izzah juga berubah dan saya minta maaf dengan dia kerana tidak dapat mengawal situasi yang berlaku itu.
FBI Live dikendalikan oleh Faizal dan Fara.
“Tujuan kami sebenar hanya untuk beri peluang kepada orang ramai yang mengundi bercakap dan bertanyakan soalan terus kepada beliau.
“Tindakan Azrul itu memang dengan tujuan yang tidak baik dan ada agenda tertentu,” ujarnya.
Dalam pada itu, Faizal berkata, perkara itu menjadi pengajaran buatnya dan berharap isu tersebut tidak berlarutan.
Katanya, dia juga berjanji untuk memastikan langkah berjaga-jaga akan diambil pada temuramah akan datang terutama melibatkan ahli politik.
“Ini satu pengajaran kepada pihak kami di FBI live dan saya juga mengharapkan agar isu ini tidak berlarutan kerana hanya seorang pemanggil yang mungkin ada agenda tertentu.
Fara bergambar kenangan dengan Nurul Izzah.
“Majoriti yang menonton live pada masa itu masih lagi mereka yang menghargai kehadiran YB sebagai tetamu yang beraksi sebagai manusia biasa di konti rumah kami,” ujarnya.
Faizal pada kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Nurul Izzah yang tenang dan menghadapi isu ini dengan baik.
“Saya berterima kasih kepada YB Nurul Izzah yang tenang dan menghadapi isu ini dengan baik.
“Malah beliau turut menekankan hikmah ia berlaku dan betapa masih ada golongan seperti ini dalam masyarakat kita yang perlu ditangani sebaiknya,” ujar Faizal.
Radio dalam talian itu disiarkan menerusi aplikasi Facebook live.
sumber: mstar
VIDEO:
Kredit - media2040
Post a Comment