Ketika musim Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Pakatan Harapan dalam manifestonya menyatakan pihaknya akan mewujudkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk golongan suri rumah jika menang PRU14.
‘Cakap nak bantu suri rumah, kenapa libatkan gaji suami pula? Itu duit gaji aku kot?’ – Suami |
ARTIKEL MENARIK: “Saya gelar dia U-turn Mahathir, bukan Tun Mahathir,” ejek Najib!
Difahamkan, dua peratus dari pendapatan suami dan RM50 daripada kerajaan akan dicarumkan dalam KWSP setiap suri rumah yang berkelayakan.
Di kala golongan isteri menyambut baik usaha Wan Azizah yang juga merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), lain pula nada segelintir golongan suami. Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), J Solomon membantah dan menegaskan kerajaan tiada hak menolak gaji suami untuk dicarumkan kepada isteri kerana gaji suami adalah milik sendiri dan bukannya milik isteri.
“Tanpa izin pekerja, tiada siapa yang mempunyai kuasa untuk memotong apa-apa dari gaji pekerja,” katanya.
Antara reaksi golongan suami:
Sementara itu, suri rumah, Anne Natahsya D’Ismail mengakui terkedu membaca komen segelintir golongan suami yang didakwa berkira dengan kadar dua peratus yang bakal dikenakan, sedangkan ia melibatkan jumlah yang kecil berbanding RM50 yang diberi oleh kerajaan.
“Lawak dan sedih bila isteri yang dikahwini itu adalah tanggungan si suami sampai mati. Tetapi si suami terlalu berkira untuk memberi walaupun sediit.
“Bila kerajaan baharu mengatakan golongan isteri akan mendapat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 2 peratus daripada gaji si suami, ramai yang tidak bersetuju siap memprotes bagai.
“Isteri yang anda kahwini itu kerjanya 24 jam tanpa rehat. Sudahlah dia yang melahirkan zuriat suami separuh mati dia pun tak mengeluh. Menjaga dan mendidik anak di kala si suami sibuk mencari rezeki untuk keluarga, malah boleh dikatakan hari-hari isteri lah.
“Alahai Kasim, sis pun suri rumah terkedu. Nasib tak hikup bila baca,” tulis Anne.
Tidak hairanlah mengapa ramai golongan isteri meluahkan perasaan mereka di laman Facebook Kisah Rumah Tangga.
Kredit; Thereporter
Post a Comment