KUALA LUMPUR: Walaupun Kerajaan Persekutuan sudah bertukar tetapi bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan tetap dibayar pada bulan Jun ini, iaitu sebelum Hari Raya Aidilfitri, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
TERKINI !!! BR1M(Akan Tukar Nama) akan dibayar sebelum Aidilfitri – Lim Guan Eng |
ARTIKEL MENARIK: ‘Cakap nak bantu suri rumah, kenapa libatkan gaji suami pula? Itu duit gaji aku kot?’ – Suami
Dengan persetujuan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Lim Guan Eng berkata, bantuan itu turut diberi nama lain, dan maklumat lanjut akan diumum minggu depan.
Lim Guan Eng@guanenglim
Sepertimana yg diarahkan oleh Tun @chedetofficial BR1M (yg akan diberikan nama lain) akan dibayar pada bulan Jun sebelum Hari Raya Aidilfitri.Maklumat lanjut akan diumumkan pada minggu depan.
Sewaktu kempen Pilihan Raya Umum ke-14 baru-baru ini, Lim berkata Pakatan Harapan akan meneruskan polisi pemberian BR1M seandainya mereka berjaya menawan Putrajaya.
SUMBER: ASTROAWANI
Post a Comment