Top Ad 728x90

Tuesday, 15 May 2018

[VIDEO] “Kalau Mati Pun, Biarlah Kerana Negara” – Bekas Pengarah Risikan Bongkar & Buat Laporan Terhadap Najib

loading...

PETALING JAYA: Bekas pengarah risikan dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Idris (gambar) membuat laporan terhadap bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabat SPRM Kuala Lumpur, pagi Isnin.

[VIDEO] “Kalau Mati Pun, Biarlah Kerana Negara” – Bekas Pengarah Risikan Bongkar & Buat Laporan Terhadap Najib
[VIDEO] “Kalau Mati Pun, Biarlah Kerana Negara” – Bekas Pengarah Risikan Bongkar & Buat Laporan Terhadap Najib

Beliau membuat laporan tersebut selepas diminta oleh bekas majikannya untuk berbuat demikian bagi menghalang mereka yang terlibat dalam siasatan untuk melarikan diri.

“Saya sebenarnya diminta oleh bos saya dulu supaya datang buat laporan dengan segera agar Datuk Seri Najib, isteri, anak-anak dan proksinya tak sempat lari sebelum tindakan diambil.

“Itulah antara sebab saya buat laporan,” katanya ketika pemberita di luar Pejabat SPRM Kuala Lumpur, pagi Isnin.

Katanya, laporan dibuat terhadap Najib dan rakan-rakan sejenayah atau pesubahat kerana disyaki menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan.

ARTIKEL MENARIK: Kata2 Zahid Sebelum PRU14: “sendiri akan mengikat dan mencampak 3 wakil kepimpinan Umno negeri ini sekiranya tidak berjaya merampas semula Selangor”


“Mereka juga disyaki memiliki harta yang tidak dapat diperjelaskan (unexplained properties) dengan memuaskan,” katanya.

Abdul Razak yang juga bekas ahli jawatankuasa disiplin Umno berkata beliau akan membuat dua laporan di bawah Seksyen 24 Akta SPRM 2009, kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan.

Satu lagi laporan dibuat di bawah Seksyen 36, dihukum di bawah Sek 36 (3) Akta SPRM 2009.

Ditanya tentang identiti bekas majikan yang didakwa memintanya membuat laporan pada hari ini, beliau enggan mendedahkannya.

“Tak bolehlah sebut siapa yang suruh lapor, mereka pun ramai yang takut atau malu.

“Saya ni berani sikit jadi saya memberanikan diri walaupun ada ahli keluarga bimbang saya diapa-apakan tapi saya kata tak apalah saya dah 69, kalau mati pun matilah, kerana negara,” katanya.

Abdul Razak mahu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali disiasat.


Abdul Razak berkata beliau tidak membuat laporan ini lebih awal kerana mendakwa tindakan itu hanya sia-sia.

“Tak jalan…seperti tuang air di daun keladi, ramai kawan saya dah buat report, tapi ‘tak jalan’.

“Tapi sekarang saya percaya ramai rakyat Malaysia akan tampil buat laporan,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Razak turut akan berbincang dengan pihak SPRM dan polis sama ada penjawat awam yang terlibat boleh disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 217 dan 218 Kanun Keseksaan.

“Penjawat awam ini termasuklah Ketua Pesuruhjaya SPRM dan pegawai-pegawainya, serta Peguam Negara Malaysia dan pegawai-pegawainya… kalau mereka terlibat.

“Seksyen 217 adalah berkenaan penjawat awam tidak menggunakan peraturan dan kehendak undang-undang dengan niat melindungi sesiapa daripada tuduhan jenayah atau hartanya dirampas.

“Manakala Seksyen 218 pula, berkaitan dengan penjawat awam dengan sengaja atau dengan niat tidak jujur untuk melindungi sesiapa daripada tuduhan dan rampasan hartanya dengan cara membuat apa-apa rekod dan penulisan untuk melindungi mereka yang berkenaan,” jelasnya.

VIDEO:
SUMBER: mstar

-----------------------------------------------------------------
loading...

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90