Sebelum ini, pengacara terkenal, Nabil Ahmad telah berjanji untuk menghantar tiga orang peminat bertuahnya mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah sempena menyambut Ramadan, dan hasratnya itu telah tercapai.
Niat Ikhlas Dan Suci, Nabil Ahmad Tepati Janji Hantar Peminat Pergi Umrah |
ARTIKEL MENARIK: Setelah Teruk Di Kecam Artis Lalang, Sharnaaz Akhirnya Bukak Mulut. Ini Parti Yang Disokong Sharnaaz
Niat yang murni.
Nabil sebenarnya sudah lama berhasrat untuk menghantar peminat kurang berkemampuan menjejak kaki seterusnya menunaikan umrah di Tanah Suci.
Niat Nabil adalah ikhlas dan bukan mahu bersikap riak. Beliau juga ingin membantu mereka yang sangat teringin mahu menjejak kaki ke Tanah Suci.
Tahniah kepada peminat bertuah.
Tiga peminat bertuah itu terdiri daripada, Zaharah Teh, 69 tahun, Zaime Abu Yamin, 47 tahun dan Mohammad Shahrul Mohammad Nazal, 27 tahun. Mereka telah berangkat ke Tanah Suci pada Sabtu lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan dijangka pulang ke tanah air pada 23 Mei depan.
Sumber: http://www.ohmymedia.cc
Post a Comment