“Tuanku Tak Perlu Campur Tangan Tentang Pentadbiran Sebab Pentadbiran Akan Uruskan ‘- Shahidan

“Tuanku Tak Perlu Campur Tangan Tentang Pentadbiran Sebab Pentadbiran Akan Uruskan ‘- Shahidan

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail diminta untuk tidak mencampuri urusan pentadbiran negeri, kata Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

“Tuanku Tak Perlu Campur Tangan Tentang Pentadbiran Sebab Pentadbiran Akan Uruskan ‘- Shahidan
“Tuanku Tak Perlu Campur Tangan Tentang Pentadbiran Sebab Pentadbiran Akan Uruskan ‘- Shahidan
Kenyataan itu dikeluarkan Shahidan susulan Datuk Seri Azlan Man yang baharu mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis biarpun tanpa mendapat sokongan tanpa kehadiran sembilan Adun BN.

“Saya merayu tuanku raja supaya menghormati perlembagaan sebagai raja berperlembagaan.

“Tuanku tak perlu campur tangan tentang pentadbiran sebab pentadbiran akan uruskan. Tidak perlu risau Perlis tiada bajet dan sebagainya, itu adalah urusan menteri besar,” katanya di ibu pejabat Umno, di sini, Khamis.

ARTIKEL MENARIK: “Datin Sri Rosmah nampak sangat susut sejak najib jadi ‘penganggur’, susut tang mana?” – Netizen


mis.

Shahidan berkata, kami memohon supaya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya campur tangan, kaji semula kuasa pelantikan Menteri Besar.

Beliau turut merayu terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai pakar undang-undang untuk memberi pandangan tentang perkara ini.

Dalam pada itu, ditanya mengenai titah Raja Perlis yang murka dengan tindakan sembilan Adun BN yang tidak hadir pada majlis pelantikan dan angkat sumpah menteri besar semalam, Shahidan kelihatan tidak berpuas hati.

“Apa itu murka? Anda bagi tahu saya apa itu murka? Apa makna murka? Ini bahasa-bahasa yang diperindah demikian rupa.

“Tak adil. Kami bertanding pilihan raya. Kami berhak untuk menentukan siapa pemimpin kami. Kita bertungkus lumus. saya menggadai jiwa dan raga untuk pilihan raya. Tak kiralah negari lain kalah tapi saya menang dua per tiga majoriti,” katanya.


Jelasnya, pelantikan yang dipilih tanpa sokongan majoriti adalah tidak beretika dalam perlembagaan.

Terdahulu, media melaporkan Tuanku kecewa dengan tindakan sembilan Adun BN kerana tidak menghadiri upacara angkat sumpah jawatan menteri besar.

Dalam majlis itu, Azlan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis, lebih dua minggu selepas PRU14 lalu. – Sinar Harian


Ismail Kassim Enggan Jadi MB, Kemuka Nama Lain

4fda9c0d80b88bfcb5e0c2ed128435f4-3.jpe


Datuk Ismail Kassim merafak sembah kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail merayu untuk tidak melantik dirinya dan Datuk Seri Azlan Man sebagai menteri besar Perlis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambun Tulang itu sebaliknya mencadangkan lapan lagi ADUN BN dilantik sebagai menteri besar.

“Kita merayu tuanku untuk memberi pertimbangan terakhir kepada kami semua, bukan Ismail Kassim bukan Azlan Man selain daripada itu, 8 daripada ini.

“Saya cadang lapan daripada kawan saya, tak ada masalah nak pimpin negeri, walaupun orang baru tapi asalkan bukan saya dan Azlan Man,” katanya dalam medianya di Hotel Seri Pacific bersama lapan ADUN yang lain.

93dd4b32b409d46b0199136680eb9121-5.jpe


Katanya, perancangan melantik MB di kalangan lapan ADUN yang lain demi memperbetulkan keadaan dan taat setia kepada Raja Perlis tidak pernah berubah.

Ismail turut berkata, tindakan itu dibuat kerana tidak mahu dilihat sebagai gila kuasa kerana dinamakan oleh abangnya Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar, atas) sebagai calon menteri besar BN.

“Saya tak mahu dikatakan gila kuasa, saya tak mahu arwah bapa saya dalam kubur tersentak-sentak dengan perbuatan yang tak berkhemah di permukaan muka bumi, saya tak mahu macam itu demi untuk ayah saya,” katanya.

Hari ini, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail murka dengan tindakan sembilan ADUN BN yang tidak menghadiri istiadat angkat sumpah jawatan menteri besar hari ini.

636fbc46c126fb5b124c54b8269e1364-1.jpe


Baginda kecewa kerana semua ADUN terbabit berada di Perlis ketika jemputan dihantar kepada mereka dua hari lalu.Walaupun daripada parti sama, kesemua ADUN BN Perlis hari ini memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man, di Istana Arau.

Baginda turut bersyukur Azlan akhirnya mengangkat sumpah sebagai menteri besar Perlis, walaupun Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) telah berakhir dua minggu lalu.Mengulas lanjut, Ismail turut menyatakan sebab mereka menolak Azlan sebagai menteri besar Perlis.

“Orang marah dia jadi ADUN Pauh, Arau, dia tak jaga kawasan ini tinggal kawasan itu dan pindah kawasan baru.“Orang tahu rekod dia di Pauh tak jelas dan mencuba di kawasan baru sekarang. Di bahagian dia gagal, macam mana kita bagi seorang ketua bahagian yang gagal untuk mengetuai negeri,” katanya

Ismail turut menuduh Azlan seorang yang tidak boleh ditegur.“Dia tak boleh ditegur, anda boleh tanya siapa-siapa yang berurusan dengan dia, boleh tanya. Dia tak boleh terima pendapat, dengan semua orang,” katanya.

sumber : krengkukeng

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post