Jamal hilangkan diri dari hospital, polis buat operasi sekatan jalan

Jamal hilangkan diri dari hospital, polis buat operasi sekatan jalan

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos yang didakwa melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak di hadapan pintu pagar keluar pos 1, Bangunan SUK Shah Alam, jam 10.15 pagi, pada 5 Oktober 2017, dilaporkan telah menghilangkan diri dari Hospital Pakar Ampang Puteri petang tadi, lapor Berita Harian.

Jamal hilangkan diri dari hospital, polis buat operasi sekatan jalan
Jamal hilangkan diri dari hospital, polis buat operasi sekatan jalan
Kehilangan Jamal itu hanya disedari oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang datang ke hospital itu pada jam 5.30 petang yang mendapati Jamal tiada di bilik wad, namun peguam dan penjaminnya masih berada di hospital tersebut.

Peguamnya mendakwa, Jamal telah menghilangkan diri sejak jam 3 petang selepas kesnya didengar Majistret Raja Noor Dilla Raja Mahyaldin dan diberi jaminan sebanyak RM3,000.

Susulan itu, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya melakukan operasi sekatan jalan raya bagi mengesan Jamal.

ARTIKEL MENARIK: “Tuanku Tak Perlu Campur Tangan Tentang Pentadbiran Sebab Pentadbiran Akan Uruskan ‘- Shahidan


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Beliau (Jamal) didakwa atas tiga pertuduhan hari ini di hospital berkenaan dan pihak Majistret menawarkan ikat jamin RM3,000 untuk setiap kes. Sementara proses dokumentasi jaminan mahkamah sedang berjalan, Jamal sudah meninggalkan kawasan hospital terbabit.

"Beliau akan dihubungi semula untuk menyelesaikan proses dokumentasi jaminan mahkamah berkenaan," katanya.

Terdahulu, Jamal yang mengalami sakit belakang terpaksa didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri atas tuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak dengan menggunakan penukul besi sehingga mendatangkan bencana, bahaya dan kegusaran awam.



2.jpg

3.jpg

1.jpg

Jamal didakwa mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum denda maksimum RM400.

Bagaimanapun, Jamil mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan. Mahkamah membenarkan Jamal diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Jun ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Shah Alam.

sumber: Viralpurba

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post