Selebriti, VIP, usahawan Mengaku Mereka diugut sewaktu PRU14

Selebriti, VIP, usahawan Mengaku Mereka diugut sewaktu PRU14

Selepas PH menang, satu demi satu buat pengakuan di media sosial sebagai platform mereka mendedahkan ketidakpuasan terhadap pemerintahan kerajaan terdahulu.

Selebriti, VIP, usahawan Mengaku Mereka diugut sewaktu PRU14
Selebriti, VIP, usahawan Mengaku Mereka diugut sewaktu PRU14
Sejak kebelakangan ini satu demi satu pendedahan dikongsi oleh individu termasuk selebriti, pegawai korporat mahupun usahawan mengenai ugutan dan tekanan diterima daripada ahli politik pembangkang sekarang (Barisan Nasional).

Segalanya bermula dengan isteri kepada usahawan dan selebriti, Datuk Fazley Yaakob, serta anak kepada isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Azrene Ahmad. Pengakuan Azrene mengenai ibu kandungnya selepas kekalahan teruk BN itu menerima respons luar biasa daripada netizen mahupun media.

Ia memberi keberanian kepada yang lain menggunakan media sosial sebagai platform untuk menunjukkan keidakpuasan terhadap pemerintahan kerajaan terdahulu.

ARTIKEL MENARIK: AKAN TERBONGKAR AKHIRNYA!! Singapura Setuju Dedah Semua Maklumat Transaksi 1MDB


1. CEO Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes juga berkata beliau terpaksa tampil dengan video menyokong kerajaan terdahulu selepas tunduk kepada tekanan mereka. “AirAsia berada dalam industri yang amat terkawal, di mana hampir semua perkara memerlukan kelulusan kerajaan. Oleh itu, bukan mudah untuk mengendalikan sebuah syarikat penerbangan dan syarikat itu harus sentiasa menyokong kerajaan ketika itu,” katanya dalam satu lagi video selepas PRU14.

2. Anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid

Anak tiri penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza , Asyraf Khalid mendedahkan menerusi posting kepada Ketua Pemuda Bersatu iaitu Syed Saddiq, dirinya pernah diugut hanya kerana memuat naik gambar bersama Syed Saddiq di media sosial. Katanya, dia diberi amaran untuk tidak menunjukkan sokongan secara terbuka jika tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku. Dia juga mempersoalkan sebab Siti Nurhaliza tidak lagi kelihatan di saluran TV3 sejak secara terbuka bersuara mengenai kerajaan terdahulu.

3. Jurugambar profesional Keow Wee Loong

Jurugambar professional yang terkenal dengan lagak ngeri, Keow Wee Loong menerusi Facebooknya berkongsi detik diugut dan diminta berhenti mengambil gambar ahli politik PKR. Ekoran itu Wee Loong berkata dia menerima ugutan siber termasuk untuk membunuh dia dan ahli keluarganya. “Rumah saya juga pernah diserbu 10 polis,” tulisnya.

Selain panggilan telefon, WhatsApp, kiriman palsu di FB berbaur menghina Islam dan Melayu, Wee Loong juga mengenang panggilan yang mencabarnya supaya bersedia menerima peluru di kepala.

4. Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak

Adik kepada PM Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak menyampaikan ucapan tahniah dan kegembiraan untuk melihat Tun Dr Mahathir Mohamad kembali kepada tampuk kepimpinan. Ia diikuti pengakuan beliau yang pernah beberapa kali menasihati abangnya. Kita semua tahu, Nazir secara terbuka pernah menyindir pemerintahan Najib.

Dalam kiriman Instagram pasca PRU14 ini, beliau akui beberapa kali mengingatkan kepimpinan Najib untuk membetulkan keadaan politik di Malaysia tetapi gagal kerana mereka mementingkan diri.


5. Bekas wartawan, Zuan Azmi

Bekas wartawan TV3, Zuan Azmi juga tidak ketinggalan dalam berkongsi detik hitam membuat laporan ketika zaman pemerintahan kerajaan terdahulu. Namun serangannya lebih memihak kepada rakan kerja yang terlalu bersikap mengampu.

Zuan menggelarkan mereka sebagai kakitangan yang mendapat suapan gred A dan hidup mewah hanya dengan membuat liputan berita. “Walaupun macam2 cara aku buat nak betulkan salah aku dulu termasuklah cubaan nak jumpa dan minta maaf dekat Najib, depa ni ibarat tak boleh stop selagi aku masih ada di TV3,” tulisnya. “Aku antara front liner TV3 yang berani tunjukkan sokongan kepada Dr Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz di media sosial (Instagram & Facebook) pada waktu itu,” tambahnya.

6. Rozita Che Wan

Pelakon dan usahawan popular Rozita Che Wan tampil dengan status menyampaikan kesyukuran dengan apabila akhirnya dapat berkongsi gambar Dr Mahathir di media sosial miliknya tanpa sebarang halangan. Katanya, sebelum ini terdapat beberapa pihak yang menghalangnya daripada melakukan perkara demikian. “Lama saya simpan gambar ni. Tak boleh upload, sat lagi depa kacau, depa suruh delete. Letak gambar Tun, wish birthday pun salah, upload surat Tun ucapkan terima kasih sebab wish birthday untuk beliau pun tak kena.

“Saya respect dengan rakan saya @bena1i & @fatiyalatiff yang begitu setia dan tak peduli bila kena ‘kacau’ dengan orang atas bila depa dengan terang- terangan menyokong Tun,” tulisnya.

7. Isteri Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Umie Aida


Apa kata pelakon Dukun, Datin Seri Umie Aida pula berkata belum bersedia untuk berkongsi pengamalan pahit walaupun Malaysia sudah “bebas” bersuara. Namun, dia berkata akan membuka mulut bila tiba masanya selepas keadaan sudah reda. Suami Umie, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ditahan pada September 2015 bagi membantu siasatan berhubung skandal 1MDB.

Khairuddin dilarang ke New York dan London, disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia atas arahan polis. Beliau juga direman 6 hari pada September 2015 apabila lantang mendesak siasatan terhadap Najib dilakukan.

sumber: FMT

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post