Header Ads

'Ini sesuatu yang tidak wajar' - Kenalan rapat Najib kritik tindakan polis dan kata Tun M 'balas dendam'

loading...

"Ini sesuatu yang tidak wajar," demikian kata satu sumber mempertikaikan tindakan polis menyerbu dan menggeledah kediaman peribadi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pada malam tadi.

'Ini sesuatu yang tidak wajar' - Kenalan rapat Najib kritik tindakan polis dan kata Tun M 'balas dendam'
'Ini sesuatu yang tidak wajar' - Kenalan rapat Najib kritik tindakan polis dan kata Tun M 'balas dendam'
Menurut sumber MalaysiaKini yang dikatakan rapat dengan Najib itu berkata, bekas perdana menteri itu perlu dihormati dalam apa jua situasi.

"Kenapa mereka (polis) tidak menggeledah lebih awal? Beliau (Najib) perlu bersiap untuk sahur," katanya.

Sumber berkenaan turut berkongsi gambar Najib yang masih memakai baju Melayu sama yang dipakainya ketika berterawih semalam, tertidur di sofa, sementara anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial menggeledahnya.

ARTIKEL MENARIK: Selebriti, VIP, usahawan Mengaku Mereka diugut sewaktu PRU14




Hadis Riwayat Bukhari, “Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah, diampunkan dosa-dosanya yang lalu.” Alhamdulillah malam ini dapat solat sunat terawih di Masjid Kg Baru. Semoga kita semua sentiasa diberkati Allah SWT. pic.twitter.com/3hb2Be6EHB
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) May 16, 2018

3.jpg

4.jpg

5.jpg

Sumber yang sama juga mengkritik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung tindakan polis itu dan menyifatkan tindakan itu sebagai pembalasan dendam. 

"Nampak macam pembalasan dendam Mahathir sudah menang. Saya harap dia gembira di mana jua dia sedang tidur sekarang," katanya. 


Malam tadi, pihak polis telah menyerbu kediaman peribadi Najib dan lima lagi kediaman lain termasuk Pavillion Residence Kuala Lumpur dan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. 

Hasil dari serbuan itu, polis telah mengambil barang-barang peribadi bekas pemimpin berkenaan untuk disiasat.

Tun Dr Mahathir sebelum ini pernah menegaskan beliau tidak akan mengamalkan politik dendam dan lebih memberi fokus kepada menyelesaikan masalah negara. Dalam pertemuannya dengan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, beliau mendedahkan Gani dipecat ketika menyiapkan kertas siasatan terhadap Najib berhubung dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.

via The Reporter

-----------------------------------------------------------------
loading...

No comments