AKAN TERBONGKAR AKHIRNYA!! Singapura Setuju Dedah Semua Maklumat Transaksi 1MDB

AKAN TERBONGKAR AKHIRNYA!! Singapura Setuju Dedah Semua Maklumat Transaksi 1MDB

Pihak berkuasa Singapura bersedia memberi bantuan kepada Malaysia dalam siasatan ke atas skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB), lapor Channel NewsAsia, hari ini.

AKAN TERBONGKAR AKHIRNYA!! Singapura Setuju Dedah Semua Maklumat Transaksi 1MDB
AKAN TERBONGKAR AKHIRNYA!! Singapura Setuju Dedah Semua Maklumat Transaksi 1MDB

Portal itu memetik satu kenyataan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) dan Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD).

"Pihak berkuasa Singapura telah bekerjasama dengan rakan di Malaysia atas permintaan mereka untuk mendapatkan maklumat berhubung transaksi berkaitan 1MDB dan bersedia sepenuhnya meneruskan bantuan itu," kata agensi terbabit.

ARTIKEL MENARIK: Polis Geledah Rumah Najib, Barangan Peribadi Dan Beg Tangan Di Rampas!

Singapura juga telah mengambil tindakan pantas terhadap institusi kewangan serta individu yang melanggar undang-undang negara ini berhubung aliran dana yang berkaitan dengan 1MDB, kata mereka.


Sementara itu, kerajaan Malaysia akan menghubungi beberapa negara untuk mendapatkan semula dana didakwa diseleweng daripada 1MDB, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, adalah penting bagi kerajaan mendapatkan kembali wang berkenaan di Switzerland, Singapura, Amerika Syarikat dan mungkin di Luxembourg, dengan anggaran AS$4.5 bilion di Amerika Syarikat. - Bernama

via Siakap Kelisa

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post