Ahli perniagaan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin mendakwa bekas isterinya telah mengeliru dan menipu masyarakat berhubung 'kejadian sebenar' dan menuntut Emilia Hanafi memadamkan tulisan serta gambar yang dimuat naik di laman Instagramnya itu, lapor MalaysiaKini.
Padamkan atau berdepan saman RM100 juta - Bekas suami beri Emilia Hanafi tempoh 24 jam |
Dalam tuntutan saman fitnah bertarikh 23 Mei, SM Faisal yang diwakili peguam Datuk Akhberdin Abdul Kader tindakan Emilia itu cuba mengeliru dan menipu masyarakat. Surat tuntutan itu dibuat kerana Emilia telah menjejaskan reputasi SM Faisal.
Ekoran itu, Emilia diminta untuk memadamkan kesemua tulisan dan gambar yang telah dimuat naik di Instagramnya atau berdepan dengan tindakan saman bagi menuntut ganti rugi RM100 juta.
ARTIKEL MENARIK: Cerita Paling Lucu Hari Ini.Jamal Yunos Yang Terkenal Hebat Dan ‘Kebal’ Dari Undang-Undang Sebelum Ini,Merayu Supaya Beliau Jangan Dizalimi.Tinggi Rupanya Langit….
"Padam kesemua posting berkenaan di semua sosial media anda dalam masa 24 jam bermula dari tarikh ini (surat).
"(Menuntut) dengan serta-merta berhenti daripada menerbitkan sebarang posting tambahan kepada mana-mana atau semua dakwaan dan tuduhan yang tidak benar terhadap klien kami.
"Menerbitkan permohonan maaf tanpa syarat yang akan dimuat naik dan diterbitkan di semua akaun media sosial anda dalam masa tujuh hari bermula tarikh ini,” menurut tuntutan itu.
Pada 16 Mei dan 20 Mei, Emilia memuat naik gambar lebam di mata, wajah serta tangannya di Facebook serta Instagramnya. Dalam tulisannya, Emilia turut memberitahu beliau tidak akan takut untuk memberitahu kebenaran mengenai perkara yang terjadi kepada dirinya.
Pasangan yang memiliki tiga cahaya mata itu bercerai pada Mac 2016.
SM Faisal merupakan anak sulung kepada pengasas dan pengerusi Kumpulan Naza, allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin. SM Faisal kini merupakan pengerusi eksekutif Naza World Group of Companies.
Sumber: MalaysiaKini
BERITA BERKAITAN:
Sumber Viral Purba https://ift.tt/2IVX4DN
Sumber - Siakap Kelisa
Post a Comment