Cerita Paling Lucu Hari Ini.Jamal Yunos Yang Terkenal Hebat Dan ‘Kebal’ Dari Undang-Undang Sebelum Ini,Merayu Supaya Beliau Jangan Dizalimi.Tinggi Rupanya Langit….

Cerita Paling Lucu Hari Ini.Jamal Yunos Yang Terkenal Hebat Dan ‘Kebal’ Dari Undang-Undang Sebelum Ini,Merayu Supaya Beliau Jangan Dizalimi.Tinggi Rupanya Langit….

Selepas gagal hadir di balai polis hari ini, Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos mengirimkan klip video untuk memberi penjelasan.

Cerita Paling Lucu Hari Ini.Jamal Yunos Yang Terkenal Hebat Dan ‘Kebal’ Dari Undang-Undang Sebelum Ini,Merayu Supaya Beliau Jangan Dizalimi.Tinggi Rupanya Langit….
Cerita Paling Lucu Hari Ini.Jamal Yunos Yang Terkenal Hebat Dan ‘Kebal’ Dari Undang-Undang Sebelum Ini,Merayu Supaya Beliau Jangan Dizalimi.Tinggi Rupanya Langit….
Dalam klip video berdurasi 7 minit itu, Jamal yang dilihat berada di kawasan kelapa sawit menjelaskan bahawa dia bimbang akan ditangkap pihak berkuasa sebaik sahaja hadir memberi kenyataan.

“Saya bukannya menolak pelaksanaan undang-undang terhadap saya tetapi apabila yang berlaku terhadap saya ini (sehingga) dengan nama saya disenaraihitamkan dan (saya) diletak dalam langkah keselamatan khas oleh PDRM (saya jadi bimbang).

“Dan selepas SPRM menyerbu kediaman saya, pejabat, dan beberapa tempat lain, saya bimbang daripada semalam hinggalah malam tadi rumah saya diserbu oleh polis, (selain) kediaman ibu saya, rakan-rakan saya.

“Ini yang membimbangkan saya untuk hadir hari ini ke IPD Ampang walaupun saya telah berjanji semalam (untuk datang),” katanya.

ARTIKEL MENARIK: Mejar Zaidi yang dipecat 3 tahun lalu minta bantuan ehsan menteri pertahanan ‘mat sabu’ supaya dikembalikan semula jawatan


Jamal sebelum ini berjanji untuk hadir ke IPD Ampang Jaya bagi memberi keterangan pada kira-kira jam dua petang.

Bagaimanapun, beliau gagal hadir seperti dijanjikan.

Sementara itu, Jamal juga memohon perlindungan daripada Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kepada beliau sekiranya mahu dirinya segera tampil memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

“Saya mohon Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan jaminan kepada saya seorang pemimpin politik, pemimpin aktivis supaya tidak dizalimi, tidak dianiaya.

“Saya melihat apa yang berlaku kepada saya hari ini seperti mana Tun Dr Mahathir menzalimi (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan rakan-rakannya ketika dahulu.


“Saya bukannya penjenayah tetapi saya diperlakukan seperti penjenayah dan pengganas sekarang ini,” katanya.

Terdahulu, ketua Gerakan Baju Merah itu didakwa bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan ekoran mengetuai bantahan penganjuran ‘Better Beer Festival 2017’ (BBF17) di hadapan pejabat pentadbiran kerajaan negeri Selangor pada 5 Oktober lalu.

Jamal juga disiasat mengikut Seksyen 34, Akta Senjata Api 1960 atas dakwaan mempamerkan senjata api di khalayak ramai.

Kredit - sayaphitam

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post