'Kami desak Najib digantikan, namun hanya 3 Menteri sahaja berani bersuara' - Shukri SPRM

'Kami desak Najib digantikan, namun hanya 3 Menteri sahaja berani bersuara' - Shukri SPRM

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdullah mendedahkan beliau bersama dengan bekas 'bosnya' Tan Sri Abu Kassim Mohammed pernah bertemu dengan Menteri Kabinet dan Majlis Raja-Raja untuk mendesak agar Datuk Seri Najib Razak digantikan sebagai Perdana Menteri selepas mereka menemui bukti berlakunya penyelewengan yang membabitkan skandal 1MDB.

'Kami desak Najib digantikan, namun hanya 3 Menteri sahaja berani bersuara' - Shukri SPRM
'Kami desak Najib digantikan, namun hanya 3 Menteri sahaja berani bersuara' - Shukri SPRM
Menurut beliau, inisiatif mengadakan pertemuan itu dilakukan oleh Abu Kassim yang ketika itu menjawat jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

"Kami berpecah untuk bertemu dengan semua menteri, merayu dan meminta supaya buang dan gantilah Najib dengan orang lain dengan Zahid ke, Hishamuddin ke, sebab jumlahnya terlalu besar, RM2.6 bilion.

"Daripada semua menteri yang kami temui, hanya tiga sahaja yang berani bersuara iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Yang lain semua takut.

ARTIKEL MENARIK: SPRM: Putera Arab tak dapat buktikan ‘derma’ RM2.6 bilion


"Sekarang apabila sudah tidak jadi menteri, ada yang telefon saya dan kata, 'kalau saya dengar cakap kamu dulu, pasti tidak akan jadi begini'.." katanya.

Selepas pertemuan itu gagal membuahkan hasil, Shukri dan Abu Kassim mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan Majlis Raja-Raja dan memohon masalah 1MDB itu dinilai dan gantikan Najib sebagai Perdana Menteri. Namun usaha itu juga menemui kegagalan.



1.jpg

Muhyiddin Yassin dipecat pada Jun 2016  kerana menentang pemimpin UMNO yang korup dan menyeleweng.
1.jpg

Julai 2016, Shafie Apdal umum keluar daripada UMNO kerana enggan bersekongkol dengan kemungkaran.
1.jpg

Ahmad Husni juga melepaskan jawatannya sebagai Menteri Kewangan II pada Julai 2016
Dalam sidang media yang diadakan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini, Shukri menjelaskan Najib tidak akan ditangkap pada hari ini, sebaliknya hanya merekodkan kenyataan Najib berkaitan kes penyelewengan SRC International Sdn Bhd, anak syarikat 1MDB, sejak 2015. 

"Siasatan SPRM pada masa ini hanya berkaitan kes SRC sahaja dan isu 'derma' RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya (Najib) akan dikenalikan oleh pasukan khas siasatan 1MDB," katanya. 

Shukri juga mengakui dia tidak gembira menerima semula jawatan tertinggi itu, namun demi tanggungjawab kepada negara, beliau menerima tugas itu selepas ditawarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad. 


via The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post