Datuk Seri Jamal Yunos Ditahan Polis. Hanya Kerana Penularan Gambar Yang Tidak Sepatutnya Dia Tunjuk!

Datuk Seri Jamal Yunos Ditahan Polis. Hanya Kerana Penularan Gambar Yang Tidak Sepatutnya Dia Tunjuk!

KETUA Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penularan gambar beliau mempamer senjata api dalam laman sosial.

Datuk Seri Jamal Yunos Ditahan Polis. Hanya Kerana Penularan Gambar Yang Tidak Sepatutnya Dia Tunjuk!
Datuk Seri Jamal Yunos Ditahan Polis. Hanya Kerana Penularan Gambar Yang Tidak Sepatutnya Dia Tunjuk!
Jamal, 47 ditahan di hospital swasta di Jalan Memanda, Ampang, 1.15 petang tadi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Kontinjen Selangor.

Tangkapan itu dibuat susulan satu laporan polis yang diterima pada 12 Mei lalu, oleh ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kuala Langat.

ARTIKEL MENARIK: 'Kami desak Najib digantikan, namun hanya 3 Menteri sahaja berani bersuara' - Shukri SPRM


Pengadu mendakwa melihat beberapa keping gambar menunjukkan Jamal menyelitkan senjata api di pinggangnya di tempat awam yang dipercayai bertujuan menakut-nakutkan orang awam.

MINTA TARIK LESEN SENJATA API JAMAL YUNOS

Dalam laporannya, pengadu meminta polis menyiasat perbuatan Jamal itu dan menarik lesen senjata api sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku.

Ramai orang awam menganggap Jamal tidak layak memiliki lesen senjata api.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 34, Akta Senjata Api 1960.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat mengesahkan tangkapan Jamal, namun akan mengeluarkan butiran terperinci dalam masa terdekat.

SUMBER : HMETRO ONLINE


Ini bukan kali pertama Datuk Jamal Yunos ditahan pihak polis, pada hujung 2017 beliau juga ditahan,

10jamall.transformed.jpg


Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos ditahan polis, hari ini.

Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar ditahan Pasukan Siasatan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah (D9) Polis Kontinjen Kuala Lumpur di hadapan pintu utama Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada jam 8 malam.

Beliau kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi dengan menaiki sebuah kereta polis dan tiba pada jam 9.24 malam.

Ketika ditahan, beliau sempat menghantar pesanan menerusi WhatsApp kepada media memaklumkan penahanan itu ada kaitan dengan isu ahli DAP yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.

Sementara itu, Penasihat Undang-Undang Gabungan NGO Malaysia, Datuk Mohd Imran Tamrin, berkata selain Jamal, polis turut memanggil tiga lagi individu untuk dirakam keterangan.

“Jamal ditahan untuk bantu siasatan kes berkaitan beberapa gimik yang kami buat berhubung sikap kurang ajar dan kebiadapan Zaid terhadap Sultan Selangor.

“Setakat ini polis sedang mengambil keterangan, dan jika ada keperluan untuk tahanan reman, permohonan akan dibuat pada esok pagi,” katanya di IPD Dang Wangi.

Selasa lalu, Zaid menerusi Twitter mempertikaikan titah Sultan Sharafuddin yang antara lain menyifatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan “membakar seluruh negara dengan api kemarahannya”.

Susulan itu, Zaid dipetik sebagai berkata: “Sultan Selangor seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya. Tidak ada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar.”

Susulan itu pelbagai pihak menyuarakan bantahan terhadap kenyataan Zaid itu termasuk Jamal.

SUMBER : BHARIAN ONLINE via buletinnetizen

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post