“Kalau Mereka Mewah Lebih-Lebih, Kita Terajang Mereka.” Anwar Nasihat Rakyat Pantau Wakil Rakyat Pegang Amanah Dan Jangan Cuai.

“Kalau Mereka Mewah Lebih-Lebih, Kita Terajang Mereka.” Anwar Nasihat Rakyat Pantau Wakil Rakyat Pegang Amanah Dan Jangan Cuai.

“Kalau Mereka Mewah Lebih-Lebih, Kita Terajang Mereka.” Anwar Nasihat Rakyat Pantau Wakil Rakyat Pegang Amanah Dan Jangan Cuai.

“Kalau Mereka Mewah Lebih-Lebih, Kita Terajang Mereka.” Anwar Nasihat Rakyat Pantau Wakil Rakyat Pegang Amanah Dan Jangan Cuai.
“Kalau Mereka Mewah Lebih-Lebih, Kita Terajang Mereka.” Anwar Nasihat Rakyat Pantau Wakil Rakyat Pegang Amanah Dan Jangan Cuai.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan umum pertamanya sebaik dibebaskan mengingatkan rakyat agar terus memantau wakil rakyat yang dipilih.

ARTIKEL MENARIK: 'Ini sesuatu yang tidak wajar' - Kenalan rapat Najib kritik tindakan polis dan kata Tun M 'balas dendam'


“Terus pantau pastikan wakil rakyat kita. Bukan untuk kita takbur. Jangan sombong. Kita perlu berjuang dengan ikhlas. Pegang amanah dan jangan cuai.

“Kalau nampak lebih gaya, menang nikah satu lagi, tukar kereta, beli apartment baru, dan kalau kita dapat tahu, kita lesing,” katanya di hadapan ribuan hadirin yang hadir Himpunan Merdeka Rakyat di Padang Timur, Petaling Jaya malam ini.
Anwar juga mengingatkan pemimpin yang dilantik sebagai menteri kabinet perlu diberi ruang untuk menjalankan tugas mereka.
“Tapi kalau ada kekurangan tegur mereka. Kalau mereka mewah lebih-lebih, kita terajang mereka.
“Tapi bukan Tun M, yang lain,” katanya berjenaka.
Terdahulu, Anwar disambut dengan tepukan dan sorakan gemuruh ribuan yang hadir meraikan pembebasan tokoh gerakan reformasi itu. Turut hadir adalah pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Selepas menjalani lebih tiga tahun hukuman penjara atas sabitan kesalahan liwat, Anwar hari ini dibebaskan setelah mendapat pengampunan diraja.


Anwar mahu pastikan ‘Umno 2.0’ tak terlalu berpengaruh

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan memastikan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) di bawah teraju Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melaksanakan agenda pembaharuan.


39dbe37f4e92948c4690e16eca826fe5-1.jpe

“Beliau (Dr Mahathir) yang berkuasa. Tugas saya adalah bagi memastikan beliau terus berkuasa, selagi ia mengikut agenda pembaharuan.
“Saya sudah memberitahu beliau bahawa saya akan membantu dengan apa saja cara – terutamanya bagi memastikan tidak terlalu banyak pengaruh watak Umno 2.0,” katanya kepada Malaysiakini dalam wawancara eksklusif di rumahnya di Kuala Lumpur.
Anwar turut menjelaskan bahawa beliau akan menyampaikan pendirian PKR dalam isu-isu kerajaan tanpa mengganggu kerja kerajaan.

Anwar bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang dimaksudkannya dengan “Umno 2.0”, namun beliau menggunakan istilah itu sekali lagi apabila ditanya tentang penglibatan bekas menteri kewangan Tan Sri Daim Zainuddin dalam kerajaan ketika ini.

Istilah Umno 2.0 sebelum ini digunakan oleh penyokong HARAPAN yang bimbang dengan penyertaan anggota Umno dalam HARAPAN selepas parti itu kehilangan kuasa dalam pilihan raya umum 9 Mei lalu.

Sementara itu, Anwar optimis apabila ditanya sama ada Dr Mahathir boleh menunaikan janji untuk membuat agenda pembaharuan dalam negara.
“Beliau menunjukkan perubahan yang ketara, beliau sendiri sudah melaksanakan beberapa pembaharuan.
“Namun perlukan pasukan (daripada semua Pakatan Harapan) bagi memastikan agar kita bergerak seiring dengan beliau, memberi sokongan kepada beliau, dan sentiasa tegas bagi memastikan agenda pembaharuan tidak dipinggirkan,” katanya.
Ditanya bagaimana beliau akan memastikan Dr Mahathir dan kerajaan baru berada di landasannya ketika berada di luar negara, Anwar menjelaskan rancangan untuk ke luar negara hanya untuk tempoh singkat.
“Paling lama sebulan,” katanya.
Terdahulu, dalam sidang media, beliau menjelaskan rancangannya untuk memberikan kuliah di luar negara sebagai cara untuk berehat daripada aktif dalam politik selepas dibebaskan.

sumber MalaysiaKini

SUMBER : cegitucegini

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post