“Mereka Masih Belum Matang” – Lan Solo Kesal Anak Diejek Bibir Sumbing

“Mereka Masih Belum Matang” – Lan Solo Kesal Anak Diejek Bibir Sumbing

Penyanyi Lan Solo mengakui kesal apabila anak keempatnya, Nur Amna Quxandra menjadi mangsa buli sebilangan kecil netizen yang mengejek masalah sumbing bayinya itu.

“Mereka Masih Belum Matang” – Lan Solo Kesal Anak Diejek Bibir Sumbing
“Mereka Masih Belum Matang” – Lan Solo Kesal Anak Diejek Bibir Sumbing

Menurut Lan, walaupun berasa marah dengan tindakan itu namun dia bersyukur kerana lebih 90 peratus komen positif diterima menerusi gambar yang dikongsikan melalui Instagram (IG) miliknya.

“Alhamdulillah, setiap kali saya berkongsi gambar anak ramai yang memuji namun saya tidak dapat lari daripada menerima kata-kata hinaan daripada netizen.

ARTIKEL MENARIK: MasyaAllah! Penyanyi Ini DEDAH Buang 21 TATU Pada Badan Walaupun Prosesnya MENYAKITKAN!!


“Saya juga ada menyemak profil mereka yang memberi komen negatif namun kebanyakkan mereka ini merupakan budak sekolah.


“Saya anggap mungkin mereka ini masih belum matang dalam memberi sebarang komen dan hanya mengikut hati sahaja apabila berkata-kata.

“Namun saya kuatkan hati dan sentiasa tenang dalam menerima semua itu kerana cuma sebilangan pengikut sahaja yang memberi kata-kata negatif,” katanya kepada Astro Gempak.

Lan berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single solo pertamanya yang berjudul Berpisah Tanpa Rela, di Warner Music, Mutiara Damansara, pada Isnin.


Nur Amna Quxandra dilahirkan pada 24 Februari lalu di Pusat Perubatan Rampai Puteri, Kuala Lumpur.

Lan dan Nur Sheila Hassim telah berkahwin pada 6 Disember 2009 dan dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4 dan Muhammad Akid Qassyaff, 3.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Sumber: Gempak

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post