”Maut” Leher ditetak rakan

”Maut” Leher ditetak rakan

Angkara hutang, seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan apabila leher hampir putus akibat ditetak kenalannya menggunakan parang ‘barong’ dalam kejadian di Simpang Taman Warisan4, Jalan Tengah Nipah, di sini, tengah hari tadi.

”Maut” Leher ditetak rakan
”Maut” Leher ditetak rakan
Serangan yang berlaku dalam kereta jam 1.25 petang itu, menyebabkan mangsa Fazrin Ibrahim, 30, beralamat Kampung Tabanak, Jalan Silam, di sini, mati di tempat kejadian.

Turut cedera, adik ipar mangsa iaitu Hardisyam Saparuddin, 11, dengan beberapa jarinya cedera akibat ditetak suspek terbabit dan kini dalam rawatan di Hospital Lahad Datu.

ARTIKEL MENARIK: [VIDEO] Selepas Nurul Di Gelar Kurang Ajar Oleh Rosmah, Ini Respond Kak Wan .MEMANG PADU!!


Difahamkan, selepas serangan itu, suspek dikatakan melarikan diri dari lokasi kejadian, manakala adik iparnya berada di sisi mangsa sambil menangis dalam keadaan berlumuran darah.

Orang ramai yang berada di lokasi turut bersimpati dan menenangkan kanak-kanak terbabit.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad, berkata seorang kanak-kanak yang cedera itu dalam rawatan kecemasan di Hospital Lahad Datu.

“Hasil temubual dengan kanak-kanak yang cedera, suspek dikenali sebagai ‘Kajan’ itu dikatakan mempunyai hutang dengan abang iparnya.

“Ketika kejadian suspek berada di dalam kereta di bahagian tempat duduk belakang lalu menyerang mangsa dari belakang menggunakan parang jenis barong.

“Akibat kejadian itu, leher mangsa hampir putus manakala adik ipar mangsa turut cedera luka di jarinya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Menurutnya, mayat mangsa yang maut di bawa ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.

“Polis sedang giat mengesan suspek termasuk menggunakan unit anjing pengesan (K9).

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Eberita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post