Bukan semua insan di dunia ini yang dipilih oleh Allah untuk menerima hidaya-Nya. Jika terpilih, dianggap insan paling bertuah walaupun pernah berdepan situasi buruk sebelum itu.
MasyaAllah! Penyanyi Ini DEDAH Buang 21 TATU Pada Badan Walaupun Prosesnya MENYAKITKAN!! |
Bagi penyanyi dangdut Indonesia, Cinta Penelope bersyukur kerana dirinya dipilih oleh Tuhan untuk menerima hidayah. Memilih untuk kembali ke pangkal jalan dan mendalami Islam, dia tampil anggun dengan imej berhijab. Malah penyanyi ini juga turut membuang hampir semua 21 tatu yang menghiasi badannya sebelum itu.
ARTIKEL MENARIK: “Gemuknyaaa.. Berisi, lemak!…” – Seperti isu Zaihani, fizikal Shila Amzah turut dihina netizen! Oh Makcik Bawang!!
Menurut Cinta, tatu ditubuhnya telah dibuang secara berperingkat sejak tahun 2015 lagi dan kini hanya ada tinggal tiga atau empat sahaja yang tinggal.
Walaupun menurutnya proses membuang tatu itu amat menyakitkan tetapi dia nekad melakukannya.
Pelantun lagu Keong Racun ini memutuskan untuk berhijab dan mengubah penampilannya menjadi lebih tertutup sejak 1 Januari lalu.
Cantik dalam penampilan sebagai wanita Muslimah.
Menceritakan saat dia mahu melakukan penghijrahan adalah setelah selesai mendengar ceramah disampaikan seorang ustaz di media sosial
Dia yang diberitahu seorang temannya di mana, ustaz itu sering menjadikan lagu popularnya, Keong Racun’ sebagai bahan ceramahnya. Lantas Cinta terus sahaja mencari video berkenaan dan mendengarnya sendiri.
Hampir satu jam mendengar, dia tidak mendengar satu ayat pun yang keluar dari mulut ustaz itu berkenaan lagu nyanyiannya. Namun apa yang didengarnya adalah perkataan lain. Ustaz itu lebih berkata mengenai penjagaan aurat, tentang dosa yang dibuat akan terkena pada ibu bapa, begitu juga jika melakukan kebaikan.
Melakukan penghijrahan setelah mendengar ceramah seorang ustaz.
Wanita berusia 33 tahun ini juga memberitahu sebelum berhijab sepenuhnya itu, dia juga ada bermimpi tentang kematian. Justeru keputusannya untuk berhijab itu disokong sepenuhnya oleh keluarga dan sahabat. Mereka turut mendoakan agar Cinta akan kekal istiqomah dengan penampilan begitu.
Cinta atau nama sebenarnya Princess Cinta Penelope berkata dia cukup selesa dapat mengenakan busana Muslimah berbanding imej seksi yang dibawanya selama ini. Dia bukan lagi seorang wanita yang berpakaian seksi hingga mampu membuatkan mata lelaki terpana meihatnya.
Mahu kekal istiqomah.
Penghijrahan dilakukan Cinta begitu drastik. Dia memilih untuk berpakaian mengikut syariat Islam. Selain menutup aurat, ibu anak satu ini juga turut membuang semua foto seksinya di laman instagram.
Turut membuang semua foto seksi di laman IGnya.
Artikel berkaitan :
Lama tak terdengar kabarnya, pada awal Januari lalu, artis cantik Cinta Penelope muncul dengan berita bahagia.
Artis yang dulu gemar berpakaian seksi ini memutuskan untuk berhijrah sekaligus mantap berhijab.
Alhamdulillah untuk menjalani kehidupan aku lebih matang, lebih ikhlas, lebih tenang dan belum pernah sebahagia ini,” ungkap Cinta saat ditemui Grid.ID di Masjid Baiturrahman DPR/MPR RI, Jakarta Pusat, Selasa (6/3/2018).
“Aku selalu berpikiran aku mati mungkin sekarang, hari ini, detik ini, jadi aku selalu mengamalkan yang baik-baik saja, aku bersiap untuk mati ya,” kata Cinta.
Sebelum memutuskan untuk hijrah dirinya merasa paling besar dan paling hebat ketika berada di atas panggung.
Namun seiring berjalannya waktu, wanita berusia 33 tahun ini pun akhirnya menyadari bahwa di mata sang pencipta dirinya begitu kecil dan tidak ada artinya.
“Karena pada saat aku berada di atas panggung, aku merasa jadi orang paling besar, paling hebat dan orang tertuju sama aku,”
“Setelah manggung aku sholat hanya lima sampai enam orang makmum tapi aku merasa kecil tidak ada artinya di antara orang-orang itu,” jelas Cinta. -TRIBUNPEKANBARU.COM
Hal tersebut diungkapkan Cinta lewat postingan Instagramnya :
Cinta Penelope – “Sejauh … mata hati memandang.. yg terlihat hanya hamparan dosa.
Yang pernah aku lakukan dulu .. di masa- masa yang tlah lalu… semakin jauh aku melangkah.. meniti jalan hitam.. tinggalkan sgala perintah mu..
ampuni hamba ya allah…masih adakah.. pintu taubat mu untuk hambamu, yg terlalu berlumuran dosa,
astagfirullahal’adzim , ku tak pantas.. berada di surga mu yang indah, tapi hamba tak sanggup terima, siksa api nerakamu…
@utara_putra_ #astaghfirullah #single #lagubaru #perjalananku #mohonampunanallah. – TribunStyle.com
SUMBER: LIPUTAN 6.COM
Kredit : http://www.hijabista.com.my
Post a Comment