Umum mengetahui bahawa penyanyi yang sentiasa mencipta nama di China, Shila Amzah telah selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Haris Idraki Elias pada Khamis yang lalu.
“Kenapa lafaz dalam english? Muka melayu…” – Bahasa akad nikah suami Shila Amzah dipertikai. Asal kau bahagia |
Walaupun semua majlis telah berjalan dengan lancar, namun terdapat kata-kata yang kurang enak oleh netizen apabila ada segelintir mempersoalkan mengenai akad nikah yang diucapkan oleh suaminya dengan menggunakan bahasa Inggeris.
ARTIKEL MENARIK: 'Kalau tewas pun tak apa, saya tetap tidak berkudis' - Azwan nekad lawan Azmin di PRU14
Menerusi perkongsian sebuah video oleh penyanyi itu di laman Instagram miliknya, dia telah berkongsi momen ketika suaminya melafazkan akad nikah tersebut.
Namun di ruangan komen video tersebut, rata-rata peminat serta pengikutnya mempersoalkan mengapa akad nikah berkenaan perlu dilafazkan dalam bahasa asing dan bukannya dalam bahasa Melayu.
Muka orang Melayu, tapi kenapa bahasa Inggeris?
Muka orang Melayu, tapi kenapa bahasa Inggeris?
Tak tahu cakap melayu ke?
Walau bagaimanapun, tidak kurang ada juga yang mengatakan tidak salah sekiranya menggunakan bahasa Inggeris dalam akad nikah namun apa yang penting, lafaz itu menjadi sah dalam sesebuah pernikahan.
Biarlah, asalkan sah!
Biarlah, asalkan sah!
Itu pun nak jadi isu ke?
Mentaliti orang Malaysia!
Original enclosures: |
shiela-amzah.mp4 |
via The Klasik
Post a Comment