Bekas gitaris kumpulan rock 90-an Ekamatra berdepan hukuman penjara maksimum 30 tahun selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan menyebabkan kematian seorang wanita ketika memecah masuk ke rumah mangsa, Februari lalu.
Bekas Gitaris Rock Popular Berdepan 30 Tahun Penjara |
Tertuduh Md Nurul Azman Salilholdin@Salilhaldin, 44, mengaku bersalah sebaik kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Alor Setar, Najwa Che Mat, hari ini.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian ke atas Kau Fu Eng, 71, antara 2 petang hingga 6 petang, 25 Februari lalu di sebuah rumah di Taman Malaysia, Alor Setar.
ARTIKEL MENARIK: “Kenapa lafaz dalam english? Muka melayu…” – Bahasa akad nikah suami Shila Amzah dipertikai. Asal kau bahagia
Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara 30 tahun dan boleh dikenakan denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rehab Abdul Shukur, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin dan mahkamah menetapkan 23 Mei ini untuk penetapan hukuman ke atas Md Nurul Azman.
Sementara itu, di Mahkamah Majistret Alor Setar pula, Md Nurul Azman mengaku tidak bersalah atas dakwaan melakukan pecah rumah di Taman Lumba Kuda, Alor Setar.
Dia didakwa memecah masuk ke rumah milik Nimal De Silva, 70, pada 9.30 pagi hingga 10 pagi, 5 Disember 2016.
Bagaimanapun, tertuduh meminta dibicarakan apabila kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Arif Mohamad Shariff.
Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Faraheen Yahya dan mahkamah kemudian menetapkan 23 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula sementara menunggu serahan dokumen.
Sebelum ini, tertuduh pernah dijatuhkan hukuman penjara kira-kira enam tahun lalu atas kesalahan merompak seorang pembantu rumah di Ampang, Selangor.
Eberita
Post a Comment