Gara-gara gagal kira angka 1 Hingga 5, seorang budak perempuan dilibas dengan tali pinggang oleh kekasih ibunya

Gara-gara gagal kira angka 1 Hingga 5, seorang budak perempuan dilibas dengan tali pinggang oleh kekasih ibunya

Seorang lelaki berang anak perempuan kepada teman wanitanya gagal mengira angka satu hingga lima seperti yang diminta, dilibas menggunakan tali pinggang tanpa belas kasihan, lapor Daily Mail.

Gara-gara gagal kira angka 1 Hingga 5, seorang budak perempuan dilibas dengan tali pinggang oleh kekasih ibunya
Gara-gara gagal kira angka 1 Hingga 5, seorang budak perempuan dilibas dengan tali pinggang oleh kekasih ibunya
Suspek, Bakhram, 20, melibas mangsa yang berusia 4 tahun dengan tali pinggangnya sebanyak 15 kali sehingga meninggalkan kesan kecederaan yang teruk pada badan mangsa.

Mangsa mengalami kecederaan di kepala, belakang badan, dada, abdomen dan tangan.

Suspek kemudian ditahan pihak berkuasa dan mengaku melakukan perbuatan kejam itu terhadap mangsa.

ARTIKEL MENARIK: 


Difahamkan, sebelum mangsa dipukul dengan tali pinggang, suspek melibas mangsa dengan wayar pengecas telefon bimbit. 







Sementara itu, ibu mangsa, Maria Belonogova, 31, yang turut menyaksikan kejadian itu tidak bertindak dan bercakap apa-apa.
Maria tinggal di sebuah flat dengan teman lelaki yang usia 11 tahun lebih muda darinya, bersama dengan bekas suami dan seorang lagi penyewa lelaki.
Maria kemudian dalam keterangannya kepada polis berkata, dia terlalu takut untuk masuk campur kerana bimbang Bakhram akan turut mencederakannya.
Bakhram berasal dari Azerbaijan berkata, dia bertindak seperti itu kerana mahu mendidik mangsa, Lera, dan kakak mangsa, Elizaveta, 6 tahun.


Dalam kejadian itu, polis berkata Bakhram hanya mencederakan Lera sahaja.
Selepas kejadian itu, keadaan mangsa agak teruk dan mengalami kesukaran untuk bernafas. Maria cuba merawat anaknya tanpa bantuan perubatan kerana bimbang teman lelakinya akan ditahan jika dia pergi mendapatkan bantuan di hospital.
Penyewa lelaki, Alexander, 45, yang ternampak keadaan mangsa segera menghubungi polis dan ambulans.
“Saya bimbang kanak-kanak perempuan itu akan mati,” katanya.
Ketika pihak berkuasa membawa Bakhram kembali ke tempat kejadian dan melakonkan semula kejadian itu, Bakhram berkata,
“Saya ambil wayar dan pukul dia begini. Anak itu terjatuh di tilam dan saya libas dia sebanyak 15 kali,” katanya.
Pemain Video
00:00
01:15
Suspek kemudian didakwa dengan tuduhan mendera kanak-kanak dan bakal berdepan dengan hukuman penjara selama tujuh tahun.
Mangsa kini berada di hospital untuk mendapatkan rawatan.
Menurut jururawat, mangsa mampu mengira angka satu hingga lima tetapi terlalu takut dengan ‘bapa tirinya’ yang garang menyebabkan dia kaku apabila lelaki itu meminta dia mengira satu hingga lima.
http://theklasik.com
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post