Selepas 7 Bulan Disembunyikan, Akhirnya Jamal Abdillah Kenalkan Isteri Barunya!

Selepas 7 Bulan Disembunyikan, Akhirnya Jamal Abdillah Kenalkan Isteri Barunya!

Selepas tujuh bulan ‘mengunci mulut’, penyanyi veteran popular Datuk Jamal Abdillah memperkenalkan isteri barunya Zai Izzati Khairuddin, 23, kepada para peminatnya.

Selepas 7 Bulan Disembunyikan, Akhirnya Jamal Abdillah Kenalkan Isteri Barunya!
Selepas 7 Bulan Disembunyikan, Akhirnya Jamal Abdillah Kenalkan Isteri Barunya!

Menurut Raja Pop tanah air berusia 58 tahun itu, jarak umur 35 tahun antara mereka adalah “Ketentuan Ilahi” dan dia amat gembira memounyai seorang isteri yang penyayang dan mengambil berat tentangnya.

“Berkahwin sekali lagi bukanlah mudah, terutama sekali apabila anda berkahwin dengan seseorang yang bertahun-tahun lebih muda.

ARTIKEL MENARIK: [VIDEO] Ibu Fazura Tak Sedar Terlepas Cakap Kantoikan Hubungan Fattah Amin dan Fazura Sewaktu Di Jabal Rahmah! Tak Pecaya Lihat Pada Minit Ke 0:43!

loading...

“Saya akui perjalanan kami sebagai pasangan suami isteri baru sahaja bermula, dan masih banyak lagi yang kemi perlu belajar tentang diri satu sama lain,” kata Jamal.

Penyanyi itu turut mengakui bahawa Zai merupakan seorang wanita muda dan bergaya jika nak dibandingkan dengan dirinya, dan oleh kerana itu Jamal sentiasa cuba ‘mengawal’ sesetengah kebiasaan isterinya yang ‘terlalu trendy‘.

“Saya mempunyai tanggungjawab yang perlu dilunaskan sebagai seorang suami dan dalam masa yang sama, saya juga belajar perkara baru tentang dia (isteri). Kunci kebahagiaan berumah tangga adalah tolak ansur,” kata Jamal lagi.

Jamal dan Zai bernikah hanya sebulan setelah mengenali antara satu sama lain.


Tidak dinafian, memang terdapat suara-suara kurang senang daripada sesetengah rakan dan ahli keluarga mereka yang menyifatkan mereka terlalu cepat mahu bernikah, namun Jamal tidak bersetuju dengan pendapat itu.

“Saya telah berfikir masak-masak dan juga telah membincangkannya dengan ahli keluarga saya. Pertama kali bertemu, kami tidak keluar berdua terlalu kerap dan sentiasa bersembang melalui telefon,” jelas Jamal.

Ini merupakan pernikahan keempat buat Jamal yang sebelum ini pernah berkahwin dengan Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad.

Jamal mempunyai dua orang putera lelaki iaitu Osama Yamani, 16, hasil perkahwinannya dengan Noraina dan Ahmad Zaki Yamani, 10, daripada isteri ketiganya, Fatimatuzahrah.

http://www.mynewshub.cc
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post