KOTA BHARU: Seorang pemuda yang juga anak kepada seorang pemimpin tertinggi Parti Amanah Negara (AMANAH) ditahan polis kerana memiliki 200 biji pil kuda.
Anak Pemimpin Tertinggi AMANAH Ditahan Kerana Miliki 200 Pil Kuda. |
Suspek berusia 29 tahun itu ditahan di hadapan sebuah rumah di Kampung Jelutong, Jalan Pasir Mas-Salor, hari ini.
Penahanan lelaki itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik dan suspek kini dibawa ke Mahkamah Kota Bharu untuk mendapatkan perintah reman, lapor Utusan Online.
ARTIKEL MENARIK: Suami Sembelih Isteri Akibat Mengigau Sebut Nama Jantan Lain
loading...
Suspek ditahan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kota Bharu kira-kira pukul 3.30 petang.
"Suspek direman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan berhubung penemuan 200 pil kuda di poket hadapan sebelah kanan seluar panjang yang dipakainya," katanya.
via Sensasi Media
Post a Comment