Doktor Kongsi Cara & Masa Sesuai Guna Ubat Masuk Punggung

Doktor Kongsi Cara & Masa Sesuai Guna Ubat Masuk Punggung

Biasanya apabila anak kita didapati demam teruk, kita akan diberikan sejenis ubat yang perlu dimasukkan melalui punggung. Tetapi adakah betul yang kita harus lakukan seperti itu?

Doktor Kongsi Cara & Masa Sesuai Guna Ubat Masuk Punggung
Doktor Kongsi Cara & Masa Sesuai Guna Ubat Masuk Punggung

Bilakah masa yang sesuai untuk dimasukkan dan bagaimana pula kesan yang akan berlaku selepas dimasukkan pada anak?

Ibu dan bapa yang pernah melalui situasi sebegini harus mengambil tahu tentang ini agar pemberian ubat-ubatan kepada anak-anak lebih baik, selamat dan berkesan. Doktor Khairul Faizie Mohammad Kamar telah berkongsi tentang ubat yang seringkali dipanggil ubat peluru ini dengan lebih mendalam dan mudah difahami.

ARTIKEL MENARIK: "Zaman Telah Berubah" Ini Teguran Lembut Dr Fadzilah Kamsah Untuk Ibu Bapa

loading...

Ubat masuk punggung / Ubat peluru / Supp….ini semua ubat yg sama kategori di panggil SUPPOSITORIES.

Suppositories berbentuk torpedo/ peluru, punyai tekstur ala lilin, di masukkan ke dalam rectum melalui anus( lubang dubur). Di dalam rectum, ubat ini akan mencair ( suhu badan) dan diserap oleh saluran darah di rectum.

Ada banyak kegunaan ubat suppositories ni, antaranya sebagai ubat demam, ubat tahan sakit, ubat tahan muntah, ubat sembelit, ubat sawan dan ubat buasir. Hari ni aku nak fokus pada ubat suppositories utk DEMAM & PENAHAN SAKIT( pain killer), yg kita bagi pada pesakit kanak kanak.

Di Malaysia, ada 2 jenis ubat suppositories untuk Demam / Painkiller iaitu:

1- Paracetamol, PCM ( acetaminophen)
2- Diclofenac sodium ( voltaren)

Bila nak guna ubat Supp ini?
Kalau anak anda payah sangat nak makan ubat cecair. Kalau sedang hadapi muntah muntah.

Dos:
Untuk PCM, ada 2 dos, 125mg & 250mg.
Untuk Voltaren, ada 2 dos, 12.5mg & 50mg.

Yang mana lebih bagus?
Jawapan aku, dua dua bagus. Satu kajian randomized control trials ada dibuat pada tahun 2013 membandingkan Supp Voltaren VS Supp PCM dalam mengurangkan suhu demam. Di dapati Supp Voltaren effektif dlm 1 jam pertama menurunkan suhu ( lebih cepat berbanding Supp PCM). Namun kesan keseluruhan rawatan, kedua duanya sama effektif dlm menurunkan suhu demam.



So, nak pilih yg mana satu?
PCM ialah drug of choice. Dah lama di pasaran dan terbukti selamat. Maka kalau diberi pilihan, gunalah Supp PCM utk anak kita. Cuma kena faham, risiko kerosakan hati kalau overdose. So kenalpasti betul betul dos PCM anak.

Supp Voltaren pula dlm kategori painkiller NSAIDs, yg mana ada risiko pada kidney kalau overdose, dan beri kesan pedih perut/ ulcer dlm perut.

Bila nak guna Supp Voltaren?
– dalam kes allergic PCM.
– kalau lepas 1-2 jam bagi Supp PCM, suhu badan masih tinggi > 39°C, maka next dose boleh cuba bagi Supp Voltaren.

Apa beza Supp PCM vs Supp Voltaren?
Kedua duanya antipyretic, iaitu ubat yg boleh menurunkan suhu demam, kedua duanya boleh digunakan as painkiller ( contoh anak sakit gigi, sakit kaki lepas jatuh).Supp Voltaren ada extra fungsi as anti inflammatory agent, iaitu ubat anti radang yg selalunya kita gunakan dlm sakit yg ada keradangan, contohnya arthritis kanak kanak.

Apa yang wajib tahu?
Supp Voltaren tak boleh digunakan utk kanak kanak bawah setahun. Dan kanak kanak yang diketahui alah pada Diclofenac, kanak kanak yg ada masalah perdarahan.

Supp PCM tak boleh digunakan utk baby bawah 6 bulan.
Jangan guna Supp PCM & Supp Voltaren serentak.

Dos Penggunaan
Sebenarnya kena kira berat badan kanak kanak.Cuma secara kasarnya, ini dos yg disarankan ahli farmasi –

ubat demam, anak demam, ubat masuk buntut, Supp PCM, cara guna Supp PCM, masa sesuai Supp PCM

Supp PCM 125mg:
– 6 bulan – 3 tahun ( 8kg – 14kg) : Sebiji supp
– 4 tahun – 5 tahun ( 16kg – 18kg): Dua biji supp


ubat demam, anak demam, ubat masuk buntut, Supp PCM, cara guna Supp PCM, masa sesuai Supp PCM


Supp PCM 250mg:
– 5tahun – 8 tahun ( 18kg – 25kg) : Sebiji supp
– 9 tahun – 12 tahun ( 28- 40kg) : 2 biji supp

Kedua dua Supp PCM 125mg & 250mg ini tak boleh digunakan lebih dari 4 kali / 24jam.
Dos utk Supp Voltaren, bagi kegunaan demam formulanya 0.5 – 2mg/kg berat badan. So selalunya, utk kanak kanak usia setahun ke atas hingga 3 tahun, sebiji Supp Voltaren 12.5mg tu mencukupi, boleh ulang 2-3 kali sehari. Kanak kanak yg lebih besar/ tua boleh guna dos Supp Voltaren 25mg.

INI CARA MASUKKAN UBAT YANG BETUL

ubat demam, anak demam, ubat masuk buntut, Supp PCM, cara guna Supp PCM, masa sesuai Supp PCM

Ubat supp dimasukkan ke dalam rectum melalui dubur. Baring mengiring, silangkan kaki ( satu kaki naik ke arah dada). Lembabkan ubat supp dengan vaselin or minyak, dan tolak perlahan, tak perlu tekanan. Lepas masukkan ubat, biar anak baring dlm 10 min untuk bagi ubat tu menyerap. Kalau perlu masukkan 2 biji supp, boleh masukkan supp kedua sebaik sahaja supp pertama dimasukkan ( tak perlu tunggu lama), ruang dlm rectum cukup besar untuk tampung 2 suppositories.

NOTA:
Untuk exact dose ubat dlm kes paediatrik, rujuk doktor anda. Dos yang aku tulis ni hanya sebagai rough guidelines sahaja.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ



Sumber : petua ibu


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post