Ibu Nur Aliya Pengsan Dengar Kematian Anak Disiasat Mengikut Seksyen 304A

Ibu Nur Aliya Pengsan Dengar Kematian Anak Disiasat Mengikut Seksyen 304A

Keluar kepada kanak-kanak, Nur Aliya Syifa Murad, 5, yang maut selepas tertusuk serpihan bilah mata pisau mesin rumput di Kampung Tanjung Besar, Kubang Rotan, Alor Setar Jumaat lalu menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada polis selepas kubur kanak-kanak itu digali semula oleh anggota forensik hari ini tujuan proses siasatan.

Ibu Nur Aliya Pengsan Dengar Kematian Anak Disiasat Mengikut Seksyen 304A
Ibu Nur Aliya Pengsan Dengar Kematian Anak Disiasat Mengikut Seksyen 304A

Bapa saudara mangsa, Fadhil Abdul Rahim, 50, yang menjadi jurucakap kepada keluarga itu berkata, polis sudah memaklumkan kepada adik iparnya, Murad Othman Aziz, 40 yang juga bapa kepada kanak-kanak malang itu bahawa kes itu dipinda daripada kematian mengejut kepada Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai.

“Kami akur dengan undang-undang dan akan mengikut apa yang sudah ditetapkan berdasarkan seksyen yang diperuntukkan untuk kes ini.

“Buat masa ini, kami serahkan kepada hospital dan polis untuk melakukan siasatan lanjut. Jika ada benda yang meragukan, barulah kami sekeluarga akan duduk berbincang mencari penyelesaian,” katanya kepada pemberita di Tanah Perkuburan Masjid Nurul Ehsan, Kubang Rotan, Alor Setar hari ini.

Fadhil berkata, dia terpaksa tampil mewakili keluarga selepas adik iparnya dan ibu mangsa, Sabda Abdul Rahim, 41, pengsan berulang kali selepas mengetahui kematian anaknya itu di siasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan

ARTIKEL MENARIK: Kubur Nur Aliya Syifa digali semula untuk siasatan atas kecuaian

loading...

Menurutnya, pihaknya kini risau akan masa depan dua lagi anak Murad termasuk seorang Orang Kurang Upaya (OKU) mental sekiranya bapa mereka dipenjarakan.

“Murad yang baru selesai menjalani pembedahan buang apendik yang pecah saja yang bekerja menyara keluarganya dan isterinya terpaksa menjaga anak.

“Sekiranya Murad dipenjarakan, sudah pastinya keluarga terbabit mengalami masalah dan kami sekeluarga datang dari keluarga yang susah memang sukar membantu mereka,” katanya.

Sementara itu, proses penggalian semula kubur jenazah Nur Aliya Syifa yang dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Kubang Rotan berjalan lancar dengan dihadiri oleh ahli keluarga mangsa.

Proses penggalian semula itu dilakukan oleh anggota forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar sambil disaksikan oleh wakil daripada Masjid Nurul Ehsan, Kubang Rotan.

Operasi penggalian semula dimulakan pada 9.25 pagi itu berakhir 10.45 pagi dan jenazah kemudian dibawa ke HSB untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid, berkata, proses terbabit adalah prosedur biasa dan sebahagian daripada siasatan yang dibuat.

“Kita mengklasifikasikan semula kes kepada Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan sudah memperoleh perintah mahkamah untuk menggali semula kubur kanak-kanak itu bagi proses siasatan.

“Orang ramai jangan membuat sebarang andaian dan spekulasi kerana siasatan masih berjalan dan kita akan serahkan dokumen lengkap kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sebelumnya Pemberita telah melaporkan polis sudah membuka kertas siasatan kes seorang kanak-kanak lima tahun yang maut selepas dada tertusuk serpihan bilah mata pisau mesin rumput yang diasah bapanya di rumah mereka di Kubang Rotan, Alor Setar pada Jumaat lalu, atas kesalahan cuai hingga menyebabkan kematian.


EBerita


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post