116 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Simpang Renggam

116 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Simpang Renggam

KLUANG – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Simpang Renggam selepas hujan lebat hampir empat jam bermula kira-kira pukul 4 pagi tadi.

116 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Simpang Renggam



Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam satu kenyataan hari ini menyatakan dua PPS yang dibuka masing-masing satu di Sekolah Kebangsaan Datuk Onn Jaafar dan Sekolah Kebangsaan Sri Tengah Renggam.

ARTIKEL MENARIK:163 mangsa banjir dipindahkan ke PPS SMK Changlun


Jumlah mangsa adalah melibatkan 20 keluarga dengan 68 mangsa dari Taman Suria dan Taman Rekamas di Simpang Renggam, manakala 16 keluarga berjumlah 48 mangsa dari Kampung Sri Tengah di Renggam.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, pemantauan telah dilakukan di kawasan Kampung Palembang dan Kampung Bentong mendapati beberapa rumah mula dinaiki air di sekitar kawasan halaman luar rumah.



Loading...


“Terdapat sebuah rumah di Kampung Bentong telah dinaiki air dan mangsa telah berpindah ke kawasan yang selamat.

“Pemantauan berterusan akan dijalankan oleh Pasukan Boatman Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dari masa ke masa,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Kredit -Kosmo Digital.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post