Header Ads

6 Gambar Mengerikan Mayat Pasangan Kekasih, Ditemui Selepas Dua Bulan Dilaporkan Hilang

loading...

6 Gambar Mengerikan Mayat Pasangan Kekasih, Ditemui Selepas Dua Bulan Dilaporkan Hilang

6 Gambar Mengerikan Mayat Pasangan Kekasih, Ditemui Selepas Dua Bulan Dilaporkan Hilang
6 Gambar Mengerikan Mayat Pasangan Kekasih, Ditemui Selepas Dua Bulan Dilaporkan Hilang

Kwanyar Barat, Indonesia - Rangka sepasang kekasih telah ditemui dalam keadaan yang amat mengerikan iaitu dalam keadaan membusuk dan hanya tinggal tulang dipercayai telah di bunuh pada pagi tadi.


ARTIKEL MENARIK: MOHON VIRALKAN!!! Inilah Wajah Wanita India Yang Tendang Perut Ibu Dalam Pantang Hingga Berlaku Pendarahan Serius

loading...

Kedua-dua mayat mangsa yang dikenali sebagai Ahmad, 20 tahun dan Ani Fauziyah Laili, 17 tahun telah dilaporkan hilang sejak dua bulan yang lalu dan hanya ditemui pada pagi tadi dalam keadaan yang amat menyayat hati dengan kaki serta tangan terikat.

Mayat kedua mangsa telah ditemui oleh seorang pencari kayu yang telah tercium bau yang kurang menyenangkan sehinggalah dia cuba untuk mengesan dari mana datangnya bau busuk berkenaan.

Lelaki yang di kenali sebagai Ano, 45 tahun terkejut ketika mengetahui bahawa bau busuk yang dihidunya itu adalah berpunca daripada mayat pasangan kekasih terbabit yang berada dalam keadaan mereput sehingga tinggal tulang dengan kaki serta tangan terikat.

Ano kemudiannya melaporkan penemuan terbabit kepada Ketua Kampung Desa Kwanyar sebelum beliau bertindak membuat laporan polis di balai Bangkalan.

AKBP Anisullah M Ridha ketika dihubungi memberitahu bahawa pihaknya telah bergegas ke lokasi kejadian sekitar Pantai Rongkang selepas menerima laporan berhubung penemuan rangka manusia yang dipercayai telah mati di bunuh.

Pihak polis kemudiannya telah melakukan sesi pengecaman kedua mayat mangsa yang dilakukan oleh ahli keluarga mangsa masing-masing melalui pakaian luar dan dalam yang di pakai oleh kedua-dua mangsa.

Ahli keluarga mangsa telah mengesahkan sendiri identiti kedua-dua mangsa, ahli keluarga mangsa wanita terbabit memberitahu bahawa anak gadisnya itu telah memaklumkan terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya bahawa dia akan pergi ke pantai Rongkang sebelum dia dilaporkan hilang .

Selepas risau akan ketidak pulangan mangsa, keluarganya cuba menghubungi telefon bimbit miliknya tetapi sayang kerana telefon milik anaknya itu tidak dapat di hubungi.

Pihak polis Bangkalan yang melakukan penyiasatan terhadap kejadian ini tidak menafikan berkemungkinan mangsa telah dirompak sebelum di bunuh berikutan tiada sebarang barang berharga pada mayat mangsa serta motor milik mangsa juga tidak berada di lokasi penemuan mayat.

Walau bagaimanapun pihak polis akan meneruskan siasatan bagi mengetahui punca serta mendalami kes terbabit bagi mengetahui sama ada kedua-dua mangsa di bunuh di situ atau pun di bunuh di tempat lain sebelum di campakkan di lokasi berkenaan.

6.jpg
lokasi penemuan mayat

5.jpg
lokasi penemuan mayat

7.jpg
lokasi penemuan mayat
2.jpg
Ahmad dan Ani
3.jpg
keadaan mayat mangsa yang hanya tinggal tulang



4.jpg

mengerikan keadaan mayat pasangan terbabit


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
Loading...

No comments

Powered by Blogger.