Penyanyi Farahdhiya Jadi Mangsa Remaja Lelaki 16 Tahun
Penyanyi Farahdhiya Jadi Mangsa Remaja Lelaki 16 Tahun |
Penyanyi popular yang juga bekas peserta Gegar Vaganza, Farahdhiya meluahakn rasa kesal dengan apa yang berlaku kepadanya baru-baru ini.
ARTIKEL MENARIK: Saya Tak Terkesan Dengan Komen “Haters”, Kalau Tak Suka Boleh “Unfollow” – Fasha Sandha
loading...
Farahdhiya berkongsi kisah pernah menerima gambar "melampau" dari budak lelaki bawah umur yang baru berusia 16 tahun.
Gambar tak senonoh itu dihantar kepadanya melalui laman Instagram miliknya.
Farahdhiya yang berumur 33 tahun memberitahu kejadian itu bukan pertama kali diterimanya.
Kerana gangguan itu, Farahdhiya terpaksa "block" individu terbabit.
Ini komen Farahdhiya:
SAKIT HATI
“Memang geram dan sakit hati sebab di usia semuda itu mereka sudah berani menghantar gambar sedemikian pada saya. Takde rasa hormat langsung!
“Yang guna akaun palsu memang banyak tetapi ada yang lebih berani menggunakan akaun peribadi dan mengambil gambar tak senonoh menampakkan sebahagian dari alat sulit dan muka mereka.
“Apa tak ada perasaan malu ke?”
LANGKAH KESELAMATAN
“Saya mengambil langkah untuk tidak akan menaiki perkhidmatan Grab Atau Uber atas sebab-sebab keselamatan dan saya lebih selesa untuk memandu sendiri,” katanya.
TAK AKAN CHECK IN
“Entahlah, kadang-kadang saya tak faham kenapa orang perlu nak check in kat mana-mana mereka berada. Perkara tersebut jelas mengundang bahaya,”
Farahdhiya memang kecewa kerana kejadian gangguan ini dibuat oleh remaja dan masih bersekolah.
Walaubagaimanapun, Farahdhiya tidak berniat untuk membuat laporan polis pada masa ini.
Sumber: mStar
Post a Comment