Jantan Jenis Apa Kau Ni? Sudahlah Buncitkan Anak Orang, Lepas Tu Pergi Belasah Perempuan Yang Mengandungkan Anak kau Pulak

Jantan Jenis Apa Kau Ni? Sudahlah Buncitkan Anak Orang, Lepas Tu Pergi Belasah Perempuan Yang Mengandungkan Anak kau Pulak

Jantan Jenis Apa Kau Ni? Sudahlah Buncitkan Anak Orang, Lepas Tu Pergi Belasah Perempuan Yang Mengandungkan Anak kau Pulak

Jantan Jenis Apa Kau Ni? Sudahlah Buncitkan Anak Orang, Lepas Tu Pergi Belasah Perempuan Yang Mengandungkan Anak kau Pulak
Jantan Jenis Apa Kau Ni? Sudahlah Buncitkan Anak Orang, Lepas Tu Pergi Belasah Perempuan Yang Mengandungkan Anak kau Pulak

Seorang lelaki yang terkenal dalam kalangan orang-orang kaya di Thailand menjadi buruan polis selepas seorang wanita membuat laporan terhadapnya.

ARTIKEL MENARIK: 6 Gambar Mengerikan Mayat Pasangan Kekasih, Ditemui Selepas Dua Bulan Dilaporkan Hilang

loading...


Menurut Coconuts, Yodwadee Junsupong, 23, telah datang ke Balai Polis Sai Mai, Bangkok dalam keadaan berlumuran darah dan telefon serta tablet yang retak untuk membuat laporan polis selepas diserang teman lelakinya.

Yodwadee telah hadir ke balai polis itu bersama abangnya, Shane Rajatabhaiboon yang telah memuat naik status serta beberapa gambarnya di Facebook. Status yang menceritakan kejadian serta menunjukkan gambar kecederaan wanita itu kemudian menjadi tular di media sosial tempatan.

Menurut Shane, adiknya itu telah diserang lelaki yang telah menjalinkan hubungan bersamanya selama 7 bulan. Lebih teruk lagi, Yodwadee sedang hamil dua bulan dan lelaki tersebut merupakan bapa kepada bayi yang dikandungkannya itu.

Lelaki%2BBelasah%2BWanita%2B2.jpeg

“Dia mengandung dua bulan. Saya ingin tekankan bahawa dia mengandung. Orang yang memukulnya adalah bapa kepada anak yang masih belum dilahirkan itu. Saya beritahu dia (adiknya) untuk tinggalkannya dan mencari keadilan melalui prosedur undang-undang.”

Lelaki%2BBelasah%2BWanita%2B3.jpeg

Ketika kejadian, Yodwadee mendapat tahu Chonlawit sedang berbalas mesej dengan seorang wanita di aplikasi Line. Mereka berdua kemudian bertengkar sebelum Chonlawit menggunakan kekasaran dan memukul teman wanitanya itu.

Meskipun tahu teman wanitanya itu sedang mengandungkan anaknya, Chonlawit tetap memukulnya tanpa belas kasihan dan menghentak telefon serta tablet milik Yodwadee.

Lelaki%2BBelasah%2BWanita%2B4.jpg

Menurut ketua polis, Sathit Paokaew, lelaki itu terlebih dahulu telah menghubungi polis dan memberitahu pergaduhan itu adalah urusan di antara boyfriend dan girlfriend. Malah dia turut memberitahu bahawa dia telah cuba untuk memberikan bantuan kecemasan ke atas kecederaan dialami Yodwadee namun wanita itu tidak mengizinkannya berbuat sedemikian.

Selepas dua jam daripada serangan itu, Yodwadee terus membuat laporan polis kira-kira jam 1.30 pagi, Ahad ditemani abangnya sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Lelaki%2BBelasah%2BWanita%2B5.jpeg

Lelaki%2BBelasah%2BWanita%2B6.jpeg

Abang mangsa turut mendakwa bahawa Chonlawit mempunyai banyak rekod kesalahan sebelum ini. Chonlawit dilaporkan telah melanggar dua orang ketika memandu kereta Porsche putih miliknya pada April lalu. Pada tahun 2012, dia telah melanggar tiga orang semasa memandu Mini Cooper milik neneknya ketika usianya 17 tahun, walhal umur yang dibenarkan untuk memandu di Thailand adalah 18 tahun.

Lelaki%2BBelasah%2BWanita%2B7.jpeg

Bayi dalam kandungan wanita itu bagaimanapun disahkan selamat dan Yodwadee kini dalam proses pemulihan. Siasatan sedang dijalankan dan Chonlawit kini menjadi buruan pihak polis.

Semoga polis dapat tangkap lelaki itu dengan segera supaya dia bertanggungjawab di atas perbuatannya!


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Post a Comment

Previous Post Next Post