Laksanakan perintah berkurung, buang basikal diubah suai & lapor jika ternampak remaja berbasikal lewat malam
Laksanakan perintah berkurung, buang basikal diubah suai & lapor jika ternampak remaja berbasikal lewat malam |
KUALA LUMPUR - Susulan kemalangan yang meragut 8 nyawa remaja berbasikal awal pagi tadi, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan menggesa kerajaan negeri Johor mengenakan perintah berkurang bagi mengelakkan pelajar sekolah melepak di jalanan pada waktu malam, lapor Free Malaysia Today.
ARTIKEL BERKAITAN:
1. Polis nafi pemandu wanita guna telefon bimbit ketika memandu
2. Nahas Basikal: ‘Pemandu terlibat tak guna telefon bimbit '- Polis
3. Nahas Basikal: ‘Bila Kawan Dah Ajak, Nasihat Pun Tak Guna’ – Abang Mangsa
4. Berita Susulan Kemalangan Ngeri Rempuh Geng Basikal.. 'Saya nampak satu kereta itu memecut laju & pemandunya sedang bermain telefon'- Mangsa
5. Nahas Basikal: TERKINI! Semua Mangsa Terkorban Dikenalpasti
6. Kemalangan Kumpulan Remaja Basikal..Polis Dedah Pengalaman Berhadapan Remaja² Tersebut !!!
loading...
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, kejadian itu menyedihkan tetapi tidak tragik.
"Sebagai Ahli Parlimen untuk kawasan itu, saya ucap takziah kepada keluarga mangsa. Kumpulan itu membabitkan budak dari kawasan yang jauh dari tempat kemalangan dan di luar Pulai.
"Mereka tidak sepatutnya melepak di sekitar jalan utama di Johor Bahru pada waktu tengah malam dan semua mangsa dipercayai berada di pusat bandar ketika itu untuk berlumba,
Sehubungan itu, katanya perlaksanaan perintah berkurung yang dibenarkan oleh kerajaan negeri dapat membantu penguatkuasaan polis dan mengelak pelajar sekolah melepak di jalanan pada waktu malam.
A post shared by We ride, enjoy and we have fun (@tenteraflyjb) on Jan 21, 2017 at 5:31am PST
Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri Johor mengarahkan sekolah mengesan dan memberi sesi kaunseling kepada pelajar terbabit dengan kumpulan berbasikal pada waktu malam di sekitar bandar raya Johor Bahru.
Pengarahnya, Shahurudin Sharif juga menasihatkan ibu bapa melarang anak mereka keluar lewat malam serta memantau pergerakan dan aktiviti mereka selain memainkan peranan penting untuk melupuskan basikal yang diubah suai tanpa ciri keselamatan yang dimiliki anak mereka.
A post shared by We ride, enjoy and we have fun (@tenteraflyjb) on Jan 19, 2017 at 9:47am PST
Polis Johor juga meminta orang ramai menghubungi polis jika ternampak remaja berbasikal pada lewat malam. - The Reporter
Post a Comment