Mahathir Sebenarnya Orang Tua Gila Talak DAN sebagai "KITAB LAMA" yang tidak berguna - Zahid
Mahathir Sebenarnya Orang Tua Gila Talak DAN sebagai "KITAB LAMA" yang tidak berguna - Zahid |
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan sebagai orang tua yang gila talak. Cuba korang fikirkan, kenapa Mahathir beriya-iya mahu keluar meninggalkan parti UMNO. Akan tetapi pada masa yang sama, Mahathir juga sibuk mahu menjaga tepi kain parti Melayu terbabit. Nampak sangat yang dia sebenarnya gila talak!
Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan kesemua ahli-ahli Umno Selangor, supaya mengendahkan sahaja sisa sampah UMNO tersebut dan mengabaikan sahaja setiap apa kenyataan yang dikeluarkannya.
Sudah terang lagi bersuluh tujuan utama Mahathir keluar dari parti, adalah untuk melancarkan agenda mereka dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Usaha ‘murni’ yang dilakukan Mahathir itu berulang saban kali sejak dia berjaya menjatuhkan perdana menteri ketiga, Tun Hussein Onn dan perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi. Persoalannya kali ini, apakah ‘usaha murni’ Mahathir yang kononnya bagi menyelamatkan negara itu bakal berhasil??
"Ular janganlah patuk tiga kali di tempat yang sama. Ular hanya akan patuk sekali saja. Insya-Allah, patukan ketiga, bukan kita nak riak. Kita minta patukan ketiga tidak ada bisanya," kata Zahid.
Lelaki tua gila talak itu mungkin merasa dirinya terpinggir dan suaranya tidak didengari ketika dia berada dalam parti. Oleh itu dia membuat keputusan untuk keluar parti dan tulis surat kepada ketua cawangan, supaya bersama dengan gerakan yang dianjurkannya.
Tambah Zahid, Mahathir diibaratkan sebagai ‘kitab lama’ yang tidak berguna. Hendak dibuang tidak boleh, hendak dibaca isi kandungannya sudah pun lapuk. Jadi hanya layak untuk disimpan dan dijadikan barang perhiasan.
"Saya minta ketua-ketua cawangan di Selangor jangan ambil pedulilah. Ibarat kitab dah buruk dah, letak kat atas tapi tak boleh baca dah.
"Kita hormat kitab lama kita letak atas la, tapi jangan pijak.
"Kita letak di atas tapi jangan baca sebab kisah dia kisah lama, nostalgia lama.
"Kita mahu melangkah ke hadapan, kita tinggalkan itu sebagai sejarah, sejarah yang minta ayahanda Hisham (Hishamuddin Hussein) tinggalkan jawatan (perdana menteri)," ujarnya. - UNews
Post a Comment