371 Mangsa Banjir Ditempatkan Di 3 Pusat Pemindahan Di Batu Pahat

371 Mangsa Banjir Ditempatkan Di 3 Pusat Pemindahan Di Batu Pahat

JOHOR BAHARU – Sejumlah 371 orang daripada 107 keluarga di Mukim Sri Gading, dekat Batu Pahat, berada di pusat pemindahan banjir pagi ini, berbanding 365 orang daripada 103 keluarga, semalam.

371 Mangsa Banjir Ditempatkan Di 3 Pusat Pemindahan Di Batu Pahat
371 Mangsa Banjir Ditempatkan Di 3 Pusat Pemindahan Di Batu Pahat
Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Batu Pahat Mohd Halim Hasbullah berkata sehingga 11 pagi ini, kesemua penduduk yang terjejas akibat banjir itu ditempatkan di tiga pusat pemindahan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Suria Perdana, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Paya dan SK Parit Bingan.


“SMK Suria Perdana menempatkan 132 orang daripada 38 keluarga, SK Seri Paya (100 orang, 35 keluarga) manakala SK Parit Bingan (139 orang, 34 keluarga),” katanya yang dihubungi, Rabu.

Mohd Halim yang juga Pegawai Daerah Batu Pahat berkata keadaan cuaca di kawasan berkenaan setakat ini dilaporkan mendung. – BERNAMA


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post