SITI LANGGAR PANTANG SELEPAS KEGUGURAN
MASYALLAH ! Punca SEBENAR Dato Siti Nekad Langgar Pantang Selepas Disahkan Keguguran |
Demikian jugalah halnya dengan Dato' Siti Nurhaliza yang tetap hadir ke majlis meraikan ulangtahun ke 10 Rizman Ruzaini meskipun masih dalam pantang akibat keguguran baru-baru ini.
Majlis yang bertempat di Muzium Negara Kuala Lumpur itu turut dihadiri artis lain seperti Erra Fazira, Rozita Che Wan, Ziana Zain, Anuar Zain, Fazura, Ning Baizura, Elfira Loy, Cik Puan Azhrinaz dan ramai lagi.
"Siti memang tengah pantang. Kat rumah pakai kain batik, rambut ikat tocang, boring tak buat apa di rumah. Tapi Siti nak datang juga sebab nak meraikan majlis ini untuk sahabat Siti.
"Demi sahabat saya Rizman Ruzaini, saya langgar pantang 1 hari. Selamat Ulangtahun ke 10 sahabatku," ujar Siti dipetik sebagai berkata.
Pada majlis itu, Siti telah menyanyikan sebuah lagu iaitu 'Kenangan Terindah' sambil buat catwalk bagi memperagakan baju ciptaan Rizman. Lebih menarik, Datuk Aliff Syukri tertarik dengan baju yang dipakai oleh Siti itu lantas membelinya dengan harga tinggi.
Post a Comment