Baru-baru ini tersebar satu adegan mesra antara sepasang pelajar India yang dipercayai pasangan kekasih.
Kementerian Pendidikan Siasat Aksi "comolot" Dua Pelajar India... |
Akibat adegan mesra mengalahkan pelakon Bollywood itu menjadi viral dan mendapat pelbagai kritikan berserta cemuhan dari pengguna laman sosial. Kementerian Pelajaran kini sedang menyiasat tindak tanduk dua orang pelajar India yang terlebih mesra itu.
Rakaman video berdurasi 15 saat itu memperlihatkan si pelaku masih berpakaian uniform sekolah dan pihak Kementerian percaya bahawa kejadian tersebut berlaku dalam waktu pembelajaran. Timbalan Menterinya, P.Kamalanathan berkata, walaupun beliau sendiri masih lagi belum menonton video tersebut, namun beliau berasa amat kecewa dengan kelakuan terlampau pelajar terbabit.
“Saya mendengar mengenainya dari seorang sumber dan saya fikir saya perlu melihatnya segera bagi memudahkan siasatan,” katanya.
Pihak Kementerian masih lagi menyiasat untuk mengetahui di mana lokosi kejadian itu berlaku. Indentiti dua pelajar terbabit juga masih lagi dalam proses mengenal pasti. Selepas individu-individu terbabit ditahan barulah mereka akan memikirkan apakah hukuman yang sesuai bagi menghukum.
“Hanya selepas itu kita tahu jenis tindakan yang akan diambil terhadap mereka,” kata Anggota Parlimen Hulu Selangor itu.
Inilah jadinya kalau remaja terlalu terdedah dan terpengaruh dengan “relationship goals” dan “life goals” yang sekarang ini menjadi trend anak mudah untuk melahirkan kononnya feeling cintan cintun mereka. Kalau dah kahwin tu takde la rasa nak muntah sangat, ini baru sekolah menengah amboiiii rasa macam nak muntah hijau je.
“Apabila hidup dalam suasana yang berlainan dari zaman dahulu, ibu bapa perlu membimbing anak-anak mereka dengan baik dan membimbing itu bukan sahaja tanggungjawab guru, malah semua pihak,” tambah Kamalanathan.
Mungkin dorang rasa time tu doranglah “couple of the year” yang paling hot sekali kat dalam sekolah tu. Ala-ala nak propose ajak berkahwin gitu eiiiiii gelinya.-TiraGomez/UtaraNews.com
Post a Comment