Jogjakarta: Seorang wanita yang pernah popular di Internet selepas membuat iklan beli rumah dapat tuan rumah akhirnya berkahwin.
Masih Ingatkah Anda Kisah Wanita Ini Akhirnya Wanita Ini Telah Bernikah |
BACA : (Gambar) Beli Rumah Dapat 'Free Gift' Tuannya Sekali. Pakej Terbaek!
Lebih menarik lagi, M Abdillah tidak membeli rumah Wina dan mereka berkahwin atas dasar cinta.
Saya kali pertama berjumpa dengan Abdillah ketika mahu menjual rumah saya pada September lalu.
Abdillah adalah ejen hartanah yang membantu saya menjual rumah dan kali ini tiada syarat pembeli dapat berkahwin dengan saya, katanya.
Ujarnya, sejak pertemuan itu Abdillah yang berstatus duda sering mengajaknya keluar.
Pertemuan yang pada mulanya atas dasar perniagaan kemudiannya menjadi bibit-bibit cinta.
Saya menyukai Abdillah kerana dia baik, penyabar dan penyanyang.
Pada 20 Oktober lalu Abdillah meminang saya dan kami bernikah pada hari itu juga, katanya.
Wina memberitahu, perkahwinannya berlangsung sederhana di rumahnya di Sleman dan hanya dihadiri keluarga dan rakan rapat. – Agensi
Sumber: mynewsvibes
Post a Comment