Tahniah diucapkan buat Abby Abadi sekiranya sahih berita ini bahawa beliau telahpun selamat bernikah dengan Ustaz Khairul Azli baru-baru ini.
Info Tekini - Abby Abadi Dah Selamat Bernikah Dengan Ustaz Khairul Azli?.. |
Apa yang nampak seperti benar ialah apabila seorang lelaki yang dikenali sebagai @dijayamin telah mengiyakan pertanyaan peminat mengenai status Abby dan Ustaz Khairul.
"alhamdulillah mereka sekarang pasangan suami isteri.. semoga kebahagiaan milik mereka," demikian tulis lelaki tersebut melalui IG Abby Abadi.
Untuk rekod, Abby sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dengan pelakon Norman Hakim dan mereka mempunyai tiga anak sebelum bercerai. Dia kemudian bertemu jodoh pula dengan Noor Farhan, tetapi turut bercerai akibat perselisihan faham antara mereka.
Sumber - Myartis
Post a Comment