Pelakon kecil molek, Elfira Loy baru sahaja melangkah ke usia 21 tahun pada 8 Mac 2015 iaitu bersamaan tarikh setahun kehilangan pesawat Malaysia Airline MH370.
(8 Gambar) Elfira Loy Mula Berhijab Pada Hari Jadi Ke-21 |
Menurut pelakon drama Qalesya ini, dia sudah lama memendam hasrat untuk bertudung dan akhirnya bernekad untuk memulakan langkah pertamanya pada hari ulangtahun yang ke-21.
“Saya sebenarnya pernah cakap kepada mama bahawa angka 21 tahun ini sebagai ruang terbaik untuk mengotakan apa yang saya pernah hajati ini. Perasaan mahu bertudung itu sudah lama. Tapi bila belum bersedia sepenuhnya, saya belum berani menetapkan hati untuk ini”
“Jadi 8 Mac (hari ini) saya nekad bertudung sebagai simbolik seperti kelahiran semula. Jika ada anggap angka 21 itu sebagai kunci kebebasan dan bagi saya pula adalah sebaliknya. Ia jadi kunci untuk saya terus memperbaiki dan mengubah diri. Insya-Allah menjadi lebih baik daripada hari sebelumnya,” katanya.
Ditanya adakah dia bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dalam kerjayanya apabila dia memilih untuk bertudung. Elfira menjawab;
“Saya hanya jalani kehidupan macam biasa. Malah ada juga syarikat produksi yang saya sudah maklumkan mengenai perubahan ini. Jadi tak ada masalah. Saya pun kini lebih banyak fokus kepada perniagaan, kerja pengacaraan dan tugasan sebagai penyampai radio ERA FM,” katanya.
BULLETIN MEDIA: Alhamdulillah. Syukur dan kami gembira sangat atas penghijrahan Elfira Loy. Semakin ramai artis wanita muda zaman sekarang sudah mula berfikiran terbuka untuk menutup aurat walaupun bergelar seorang selebriti.
Sumber - OhMedia
Post a Comment