Padah Mencuri, Budak 10 Tahun Dikurung Dalam Sangkar Babi

Padah Mencuri, Budak 10 Tahun Dikurung Dalam Sangkar Babi

CHINA - Seorang budak lelaki berusia 10 tahun dari kampung Guangxi dipaksa melutut dan dicampak ke dalam sang#kar babi serta direndam dalam air tasik yang sejuk sebagai hukuman mencuri wang sebanyak 20,000 yuan.

Padah Mencuri, Budak 10 Tahun Dikurung Dalam Sangkar Babi
Padah Mencuri, Budak 10 Tahun Dikurung Dalam Sangkar Babi
Lapor NetEase, suspek memecah masuk ke rumah salah seorang penduduk tempatan dengan memanjat dinding# dan masuk melalui tingkap tingkat dua rumah mangsa.




Jiran yang menyaksikan kejadian itu pada mulanya menyangka suspek anak saudara kepada mangsa yang datang melawat sempena musim bunga.

Bagaimanapun, setelah men#yedari tindakan suspek itu adalah perbuatan jenayah, penduduk kampung segera bertindak menangkap suspek dan menghukumnya dengan cara tersendiri sebelum menyerahkan kepada pihak polis.

Polis kini sedang menjalakan# siasatan mengenai kejadian rompakan dan seksaan terhadap kanak-kanak itu. Namun motif suspek mencuri wang mangsa masih tidak diketahui.

Sumber

Post a Comment

Previous Post Next Post