Datuk Eizlan Yusof, Datin Vie Santie Sah Bercerai Talak Satu

Datuk Eizlan Yusof, Datin Vie Santie Sah Bercerai Talak Satu

Harian Metro hari ini melaporkan yang pelakon Datuk Eizlan Yusof dan isterinya, Datin Vie Santie Harun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur.

Datuk Eizlan Yusof, Datin Vie Santie Sah Bercerai Talak Satu
Datuk Eizlan Yusof, Datin Vie Santie Sah Bercerai Talak Satu
Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin memutuskan demikian selepas mendapati lafaz yang diucapkan Eizlan, 44, terhadap Vie Santie, 29, pada 28 September tahun lalu adalah sah dan mengikut syarak.

Baca : Isteri-Eizlan-Yusof-Sah-Failkan-Lafaz-Cerai-Di-Mahkamah

Baca: Eizlan-Yusof-Akui-Masih-Sayang-Isteri

Mahkamah juga merekodkan perjanjian persetujuan bersama pasanganya itu antaranya nafkah edah diserahkan pada budi bicara Eizlan dan Vie Santie tidak akan menuntut mutaah.

Selain itu,pasangan berkenaan bersetuju hak penjagaan anak diserahkan kepada Vie Santie namun Eizlan diberi hak bersama dan bermalam dengan tiga anak mereka pada bila-bila masa yang munasabah.

Vie Santie, selaku plaintif memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Vie Zaara; Zareef Yusof dan V Zaalia berusia antara dua hingga enam tahun.


Sumber : rotikaya

Post a Comment

Previous Post Next Post