Yang Dibimbangi Berlaku – Tanah Kubur Tok Guru Nik Aziz Mula Dipuja!

Yang Dibimbangi Berlaku – Tanah Kubur Tok Guru Nik Aziz Mula Dipuja!

ANAK Allahyarhan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Abduh mendedahkan bahawa sudah ada orang-orang tertentu yang datang ke pusara bapanya dan membawa balik tanah bagi tujuan yang dipercayai boleh membawa kepada perbuatan khurafat dan syirik.

Yang Dibimbangi Berlaku – Tanah Kubur Tok Guru Nik Aziz Mula Dipuja!
Yang Dibimbangi Berlaku – Tanah Kubur Tok Guru Nik Aziz Mula Dipuja!
Kata Nik Abduh, beliau mendengar perbuatan pihak tertentu yang mengambil tanah berkenaan kononnya untuk mendapatkan berkat.

Perbuatan itu kata beliau bercanggah dengan ajaran Islam dan berharap agar ia dihentikan segera.

“Tanah orang soleh tidak ada manfaat, ilmunya yang manfaat,” katanya di kediamannya di Pulau Melaka.

Beliau tidak melarang mana-mana pihak yang mahu melawat pusara bapanya tetapi ia hendaklah dibuat bersandarkan hukum dan sebab yang dibenarkan dalam Islam.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan bahawa pihaknya tidak membuat sebarang majlis tahlil untuk arwah bapanya.

“Kita tak buat majlis tahlil. Ayah kata untuk orang mati yang penting adalah doakan dia sahaja,” tambah Nik Abduh lagi.

Nik Aziz meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka pada 9.40 malam, Khamis lalu ketika berusia 84 tahun.

Adun Chempaka itu dibawa pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian kira-kira 8.40 malam hari sama setelah dirawat di hospital sejak 19 Januari lepas kerana kanser prostat.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, pada 11.30 pagi semalam.

Sementara itu, ulama muda yang juga Exco Pergerakan Pemuda, Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, beliau amat yakin Nik Aziz juga tidak mahu mana-mana pihak memuja kubur beliau atau melakukan perkara yang dilarang.

“Saya yakin beliau akan kritik dan menengah kalau melihat sesiapa membuat perbuatan seumpama itu (menyembah kubur),” katanya ketika dihubungi Mynewshub.

Katanya, Rasullah SAW sendiri melarang umatnya taksub kepada diri baginda.

Menurut Dr Fathul, apa yang berlalu kini berpunca daripada sikap taksub yang sudah ditegur banyak pihak termasuk dirinya sejak dari mula lagi agar ia dihindari.

Beliau berkata, amalan menyembah kubur mempunyai akar umbi dari ajaran Syiah dan sebuah ajaran berasal dari Lubnan dikenali sebagai Al-Habash.

“Beringatlah, ketaksuban seperti ini akan membawa kepada syirik,” katanya.



- MYNEWSHUB

Post a Comment

Previous Post Next Post