Baru-baru ini industri seni tanahair dikejutkan dengan berita kononnya pasangan bahagia Eizlan Yusof dan isterinya Vie Shanti bakal bercerai. Berita itu tersebar luas apabila Vie Shanti dikatakan telah ke mahkamah bagi mengesahkan lafaz cerai.
Berita ini amat mengejutkan ramai pihak kerana pasangan ini dilihat bahagia disamping tiga anak mereka yang sangat comel-comel.
Walaubagaimanapun, Eizlan yang cuba dihubungi pihak wartawan bagi pengesahan berita ini enggan mengulas lanjut. Menurut Eizlan, dia akui masih menyayangi isteri dan keluarganya dan cuba untuk mempertahankan rumahtangga mereka daripada berpisah.
“Susah nak komen! Aku sayang dia, family aku. Ini dugaan tiga suku mati aku nak menanggungnya Aku tak boleh komen apa apa buat masa ini, aku down gila, nantilah ya”
“Aku tak nak semua terjadi. Ya, aku sedang mempertahankan perkahwinan aku sebab aku taknak berpisah. Kalau aku dah lafaz, takkanlah aku nak mempertahankan perkahwinan ini, mesti dah terlerai,” tambah Eizlan Yusof selepas dipujuk lagi untuk berikan komen.
Apapun, kami di Oh! Media sentiasa mendoakan semoga rumahtangga mereka dapat diselamatkan dan kekal hidup bahagia disamping anak-anak yang comel dan semakin membesar tu. Semoga dipermudahkan segalanya buat mereka.
Eizlan Yusof Akui Masih Sayang Isteri, Enggan Berpisah |

Post a Comment