Nenek cekal hidup sebatang kara di sebuah rumah kecil umpama bilik..

Nenek cekal hidup sebatang kara di sebuah rumah kecil umpama bilik..

Ketika orang lain berkongsi kesedihan kediaman dilanda banjir bersama ahli keluarga masing-masing, wanita tua ini pula tabah mengharungi ujian ALLAH itu bersendirian.

Nenek cekal hidup sebatang kara di sebuah rumah kecil umpama bilik..
Nenek cekal hidup sebatang kara di sebuah rumah kecil umpama bilik..
Mah Daud, 78, tinggal sebatang kara di sebuah rumah kecil umpama bilik di Kampung Beris Jambu, Chempaka, di sini.

Katanya, selepas kematian suami beberapa tahun lalu, dia tinggal berseorangan di rumah itu kerana tidak mempunyai anak.

Ketika banjir minggu lalu, Mah seperti mangsa yang lain, tidak terkecuali dari mengharung air untuk menyelamatkan diri.

“Mujurlah, anak-anak saudara tinggal berdekatan. Dengan mereka saya menumpang kasih.

“Mereka juga ada menawarkan bantuan kepada saya ketika menyelamatkan diri ke pusat pemindahan banjir, baru-baru ini,” katanya ketika ditemui pulang membersihkan rumahnya, kelmarin.

Mah berkata, banjir menenggelamkan rumahnya hingga paras leher dan merosakkan semua barangan di dalamnya.

“Saya tidak sempat untuk memunggah barang ke tempat selamat kerana tiada kudrat.

“Lagipun dalam usia begini, saya tidak mampu lagi untuk mengangkut barang yang berat,” katanya.

Katanya, kesemua tilam dan peti sejuk yang dapat daripada sumbangan sebelum ini tenggelam.

“Sekarang barang ada yang rosak dan ada yang boleh dipakai, tetapi perlu dicuci daripada kesan lumpur terlebih dahulu,” katanya yang tidak mempunyai punca pendapatan lain sebaliknya hanya mengharapkan ihsan penduduk kampung serta zakat yang diterima.



Sumber : SH

Post a Comment

Previous Post Next Post