Kereta mewah jadi punca perpisahan Zizan & Emma temui titik noktah...

Kereta mewah jadi punca perpisahan Zizan & Emma temui titik noktah...

Baru-baru ini, industri seni tanah air dikejutkan apabila cinta antara pelawak dan pengacara terkenal, Zizan Razak dengan pelakon Emma Maembong disahkan telah menemui titik noktah.

Kereta mewah jadi punca perpisahan Zizan & Emma..
Kereta mewah jadi punca perpisahan Zizan & Emma..
Emma yang membuka mulut kepada media mengakui membuat keputusan untuk meninggalkan Zizan gara-gara tidak tahan dengan sikap pelawak itu.

“Mungkin selama ini orang melihat kami sebagai pasangan yang ‘sweet’ tetapi mereka tidak tahu apa yang saya lalui.

“Jika asyik berendam air mata saja, buat apa diteruskan hubungan ini. Sampai bila saya nak makan hati,” katanya yang dipetik menerusi Sinar Harian Online.

Sementara itu, memetik laporan Utusan Malaysia, Zizan menjelaskan keinginannya untuk membeli kereta mewah telah mendapat bantahan Emma sekaligus membawa kepada sebab perpisahan mereka.

Berita perpisahan ini dilihat agak mengejutkan memandangkan pasangan ini tidak menunjukkan sebarang tanda mengalami masalah dalam hubungan mereka.

Tambahan pula, pasangan ini dikatakan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.



Sumber : Media

Post a Comment

Previous Post Next Post