Lagi pesawat terhempas..Industri penerbangan dunia terus dihimpit musibah..

Lagi pesawat terhempas..Industri penerbangan dunia terus dihimpit musibah..

Lagi pesawat terhempas… tetapi kali ini melibatkan pesawat ringan pula. Tragedi yang melibatkan industri penerbangan dunia bagai tiada penghujungnya.

Lagi pesawat terhempas..Industri penerbangan dunia terus dihimpit musibah.
Lagi pesawat terhempas..Industri penerbangan dunia terus dihimpit musibah.
Bagai ada yang tidak kena.. industri penerbangan terus dihimpit kemelut berterusan. Sebuah pesawat dilaporkan terhempas di sebuat tasik di North Island, New Zealand.

Kejadian ini dilaporkan berlaku semalam pada jam 12.15 tengah hari (waktu tempatan). Mujur tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan kesemua penumpang dilaporkan sempat menyelamatkan diri.

Pesawat ringan merah jambu itu membawa 13 penumpang termasuk juruterbang, enam kru dan enam penumpang. Mereka percaya bahawa pesawat itu mungkin mengalami sedikit masalah teknikal.

Pesawat itu dalam perjalanan ke Tasik Taupo, 280 kilometer dari selatan Auckland. Pesawat yang terhempas ke dalam tasik itu membawa penumpang yang menyertai sukan terjun udara.

Menurut seorang saksi kejadian, dia sempat ternampak sekumpulan orang terjun dari pesawat itu sebelum pesawat itu terjunam jatuh kedalam tasik.

“Saya nampak mereka terjun dari pesawat itu, sebelum ia tenggelam di tasik.

“Saya rasa juruterbang adalah orang terakhir yang keluar,” ujarnya.

Nasib baiklah tasik berdekatan dengan persisiran Teluk Rotangaio tempat pesawat itu terhempas hanya 3.5 meter sahaja. Kalau dalam tak tahu la yob.

Selepas disiasat, punca sebenar pesawat itu terhempas adalah komplikasi enjin yang tak dapat berfungsi dengan baik.


Sumber : UtaraNews - The News Portal

Post a Comment

Previous Post Next Post