Nampaknya, tindakan Alyah memuatnaik sekeping gambar yang memaparkan suaminya, Ramli MS bersama seorang wanita bernama Siti Hafilah Che Kar menggemparkan dunia hiburan tempatan.
Akhirnya Ramli MS Beri Respon Kontroversi Kahwin Siti Hafilah Amat Mengejutkan |
Begitupun, ramai peminat dan haters masih terus tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku di antara mereka. Alyah yang telah dihubungi media sudah membuatkan kenyataan berhubung gambar tersebut namun Ramli MS pula masih mendiamkan diri.
Nah... baru sebentar tadi menerusi Berita Harian, Ramli MS yang dihubungi wartawan BH akhirnya tampil memberikan respon berhubung kontroversi berkahwin dengan wanita lain.
"Tanyalah Alyah sendiri," demikian komen komposer dan pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS berhubung isu dakwaan berkahwin dengan wanita dikenali Siti Hafilah Che Kar.
Menurut Ramli, dia tidak berminat untuk menjelaskan perkara itu kerana beliau bukan seorang yang gemar bercerita soal peribadi.
"Saya malas nak cerita. Anda tanyalah Alyah sendiri. Saya memang tak suka nak kongsi cerita peribadi dengan masyarakat.
"Selebihnya saya enggan komen," katanya ketika dihubungi BH Online.
Sumber
Post a Comment