'Tak Apa Pakai Baju Biasa, Nanti Di Sekolah Cikgu Bagi Baju Baru'

'Tak Apa Pakai Baju Biasa, Nanti Di Sekolah Cikgu Bagi Baju Baru'

Tak apa pakai baju biasa, nanti di sekolah cikgu bagi baju baru,? pujuk seorang ibu kepada pasangan kembar seiras, dari Kampung Kepulau di sini.

'Tak Apa Pakai Baju Biasa, Nanti Di Sekolah Cikgu Bagi Baju Baru'
Yana (kiri) bersama Liana dan ibu mereka, Azlina melihat baju sekolah dan kasut rosak akibat ditenggelami banjir yang dilonggokkan di hadapan rumah mereka di Kampung Kepulau.
Azlina Che Daud, 41, terpaksa berkata demikian kerana anak kembar seirasnya, Hafiz Liana dan Hafiz Yana berusia 9 tahun tiada baju sekolah selepas rosak ditenggelami banjir.

Dek pujukan itu, Liana dan Yana kembali bersemangat untuk melangkah ke Sekolah Kebangsaan (SK) Palekbang pada sesi persekolahan yang dibuka semalam.

Saya akan beli ansur-ansur nanti, bukan senang untuk mendapatkan lima pasang baju sekolah serentak.

Apatah lagi sebelum ini sudah mengeluarkan belanja lebih RM1,000 membelikan 10 pasang pakaian sekolah untuk lima anak,? katanya yang mempunyai lima anak bersekolah, tiga daripadanya di sekolah menengah.

Azlina memaklumkan, tiga anaknya yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut juga memakai baju biasa.

Katanya lagi, dia bersama suami, Wan Azmi Wan Ramli, 57, merupakan mekanik akan berusaha untuk membeli kelengkapan sekolah dalam masa terdekat meskipun diluar kemampuannya.

Azlina berkata, dia tidak mahu anak-anaknya terus memakai baju biasa nanti.

Mungkin seminggu dua ini dibenarkan pakai baju biasa, kena kumpul wang dalam masa terdekat ini agar kesemua anak saya ada pakaian sekolah baharu, untuk kasut pula saya hanya mampu membeli kasut murah yang berharga RM10 sepasang, katanya.

Akibat banjir yang melanda hujung tahun lalu, kediaman Azlina dinaiki air separas dua meter.

Semua kelengkapan rumah termasuk pakaian sekolah tidak sempat diselamatkan kerana dia sememangnya tidak menduga banjir besar melanda. Ia berikutan kawasan kediamannya tidak pernah dinaiki air sebelum ini.

Katanya, suaminya yang telah membuat persiapan awal keperluan persekolahan anak akhirnya hanya mampu berputih mata selepas ia rosak disaluti lumpur.


Sumber : BMS

Post a Comment

Previous Post Next Post